Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain Filipina sapu bersih gelaran juara Asian ATF Ke-13

-

KUCHING: Pemain tenis junior Filipina melengkapk­an pendominas­ian Siri 14 dan ke bawah Asian ATF Ke-13 apabila menyapu bersih gelaran juara perseorang­an di Pusat Persatuan Lawn Tenis Sarawak di sini semalam.

Alexa Joy Milliam meraih gelaran keduanya dalam kejohanan itu selepas berdepan persaingan sengit daripada pemain negara Lim Zan Ning untuk menang 6-3, 5-7, 6-1 dalam final perseorang­an wanita yang berlangsun­g selama dua jam, enam minit.

Semua pemain lelaki Fili- pina yang beraksi dalam final juga mengambil masa dua jam, lima minit untuk melengkapk­an persaingan.

John David Valez menafikan kemenanga berganda Rupert Ohrelle Tortal apabila menundukka­n lawannya itu 6-1, 5-7, 6-1.

Pada Sabtu lepas, Rupert dan Brent Sigmond Corte menewaskan pasangan Rainier Angelo Selmar-John David Valez 6-4, 6-0 dalam final beregu lelaki manakala Alexa Joy Milliam berganding­an dengan pemain dari Thailand Tamryn Brown menjuarai kategori beregu wanita selepas menundukka­n pasangan negara Lim Zan Ning-Brittany Michael Tiang 6-2, 6-1.

Pemain junior Filipina dihantar oleh Unified Tennis Philippine­s dengan tajaan Cebuana Sports and Palawan Pawnshop.

Pengerusi penganjur Datuk Patrick Liew, hadir menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.

Hadir sama Timbalan Presiden SLTA Douglas Telajan, Setiauasah­anya Bernard Chin serta Bendahari Kho Siak Khoi.

 ??  ?? KAMI JUARA: Juara kategori perseorang­an lelaki dan wanita bergambar bersama Liew (tengah), Douglas (kiri), Chin (kanan), Kho (dua kanan) serta pegawai kejohanan.
KAMI JUARA: Juara kategori perseorang­an lelaki dan wanita bergambar bersama Liew (tengah), Douglas (kiri), Chin (kanan), Kho (dua kanan) serta pegawai kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia