Utusan Borneo (Sarawak)

‘ The Haunting of Hill House’ di Netflix, 12 Oktober ini

-

RUMAH ialah di mana kedahsyata­n berada.

‘The Haunting of Hill House’ secara rasmi akan membuka pintunya pada Jumaat, 12 Oktober 2018, dengan pelancaran secara global di Netflix.

Siri baru 10 episod yang ditunggu-tunggu itu adalah adaptasi moden daripada novel ikonik Shirley Jackson, ‘The Haunting of Hill House’ mengenai sekumpulan adik-beradik yang sewaktu kecil membesar dalam sebuah rumah yang akhirnya menjadi rumah berhantu yang paling terkenal di Amerika.

Sekarang sudah dewasa, dan dipaksa bersama dalam mendepani tragedi, keluarga itu pada akhirnya mesti menghadapi hantu silam mereka — sebahagian­nya masih bersembuny­i dalam fikiran mereka manakala yang lain mungkin sebenarnya mengekori bayang-bayang Hill House.

Dicipta, diarah dan dihasilkan secara eksekutif oleh pakar kisah seram Mike Flanagan (‘Hush’, ‘Oculus’, ‘Gerald’s Game’), ‘The Haunting of Hill House’ ialah sebuah drama keluarga kompleks diselubung­i dalam sebuah cerita seram menakutkan. Trevor Macy bertindak sebagai penerbit eksekutif di samping Flanagan.

Dibintangi oleh Michiel Huisman, Carla Gugino, Timothy Hutton, Elizabeth Reaser, Oliver JacksonCoh­en, Henry Thomas, Kate Siegel, Victoria Pedretti, Lulu Wilson, McKenna Grace, Paxton Singleton, Violet McGraw dan Julian Hilliard.

‘The Haunting of Hill House’ dihasilkan untuk Netflix oleh TV Amblin dan Paramount Television.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai ‘The Haunting of Hill House’, layari sahaja Netflix Media Center atau ikuti media sosial @haunting di Twitter atau Instagram.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia