Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita kejar dan tikam lelaki di Britain

-

BARNSLEY: Pihak polis British menahan seorang wanita atas cubaan membunuh kelmarin selepas suspek dilaporkan mengejar seorang lelaki di sebuah daerah beli-belah sebelum menikamnya dengan sebilah pisau.

“Seorang wanita berusia 28 tahun ditangkap pagi ini kerana disyaki cuba membunuh dan kini masih dalam tahanan polis,” menurut pihak polis selepas insiden di bandar Barnsley di utara England.

“Wanita itu sekarang sedang diperiksa bagi satu kemungkina­n sakit mental.”

Seorang lelaki telah mengalami kecederaan ringan dalam serangan itu.

Britain sedang dalam keadaan berjaga-jaga selepas rangkaian serangan pengganas maut, kebanyakan­nya melibatkan pisau, dan insiden itu telah menimbulka­n kebimbanga­n keganasan.

Asisten Ketua Konstabel Tim Forber dari Polis Yorkshire Selatan sebelum itu menyatakan pihak polis masih menyiasat motif kejadian.

Beliau menyatakan pasukannya menerima sokongan daripada unit antikegana­san tempatan.

Pemilik gerai pasaran Terry Ellis memberitah­u. beliau melihat seorang wanita menghunus sebilah pisau besar, berukuran kirakira 12 inci, sambil berlari mengejar seorang lelaki dan menjerit “bunuh, bunuh, bunuh”.

Seorang lagi peniaga, Abdul Razak, menambah: “Wanita ini telah mengekori seorang lelaki sambil menyebut ‘Saya akan bunuh kamu, saya akan bunuh kamu’.”

Beberapa peniaga tempatan lain menyatakan kejadian itu yang pada mulanya pihak polis sebagai insiden serius, telah menyebabka­n pasar ditutup dan bahagian lain di tengah pekan ini dikepung.

Pihak polis telah dimaklumka­n pada kira-kira jam 8.20 pagi waktu tempatan, dan menemui sebilah pisau dapur di tempat kejadian.

Forber menyeru kepada mana-mana saksi agar tampil ke depan, namun menggesa penduduk tempatan agar terus tenang.

“Kami memahami bahawa insiden pada pagi ini akan menimbulka­n ketegangan dan mengejutka­n mereka di pusat bandar dan komuniti Barnsley secara menyeluruh,” menurut beliau.

Beberapa kawasan jenayah telah ditentukan dan pihak polis menyatakan mereka akan berada di kawasan sehingga terdapat lebih banyak penjelasan mengenai apa yang berlaku.

Sebelum itu laman Facebook bagi Barnsley Mayday Green Market melaporkan pasar ini dan kebanyakan pusat pekan ditutup. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEJADIAN TIKAMAN: Seorang pegawai polis mengambil gambar bukti di tempat kejadian di tengah Barnsley, Britain kelmarin.
— Gambar Reuters KEJADIAN TIKAMAN: Seorang pegawai polis mengambil gambar bukti di tempat kejadian di tengah Barnsley, Britain kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia