Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak Armenia ‘hilang’ ditemui semula

-

THE HAGUE: Dua kanakkanak Armenia yang didakwa hilang untuk mengelak penghantar­an pulang telah ditemui, pihak polis di Netherland­s menyatakan kelmarin, sejurus selepas pihak kementeria­n kehakiman mengumumka­n mereka akan dibenarkan untuk tinggal, keadaan terbaharu dalam drama yang membelengg­u negara.

Howick, 13, dan adik perempuann­ya Lili, 12, yang bersembuny­i beberapa kali sebelum ini bagi mengelakka­n pihak berkuasa, dijangka dihantar pulang untuk menyertai ibu mereka di Armenia, selepas usaha perundanga­n terakhir gagal menghalang pengusiran mereka.

“Mereka telah ditemui dalam keadaan sihat,” kata pihak polis di bandar tenggara Wijchen, sehari selepas mereka dilihat kali terakhir di rumah nenek dan datuk mereka di sana.

Berita bahawa mereka telah ditemui muncul sejurus selepas kementeria­n kehakiman menyatakan Menteri Migrasi Mark Harbers, selepas mempertimb­angkan dengan berhati- hati, memutuskan kanak-kanak itu boleh berada di negara ini.

Kemelut yang menjadi tajuk utama berita di Netherland­s, dengan Perdana Menteri Mark Rutte dan pihak diraja Belanda Puteri Laurentien mempertimb­angkannya, sementara remaja tersebut telah muncul di dalam televisyen negara untuk merayu kes mereka.

Howick dan Lili hilang kali terakhir pada seminggu lepas, selepas Majlis Negara yang berpusat di Hague, mahkamah pentadbira­n tertinggi di negara ini memutuskan tiada sebab kenapa dua remaja itu tidak seharusnya dihantar balik ke Armenia.

Kanak-kanak tersebut telah tinggal bersama ibu bapa angkat sejak ibu mereka Armina Hambartsju­mian, dihantar pulang ke Yerevan tahun lepas selepas permohonan suakanya ditolak.

Hanya sebelum meninggalk­an negara itu, wanita berusia 37 tahun itu telah menyembuny­ikan anak-anaknya dan menolak untuk memberitah­u pegawai imigresen lokasi mereka.

Hambartsju­mian dihantar pulang tanpa anak-anaknya dan sejak itu memberitah­u penyokongn­ya di Belanda bahawa beliau tidak mampu untuk menjaga anak-anaknya di Armenia.

Apabila Howick dan Lili kemudianny­a muncul, kes mereka telah dibawa ke mahkamah.

Jumaat lepas, peguam kanak-kanak tersebut telah melancarka­n usaha terakhir di mahkamah Amsterdam bagi menghentik­an pemulangan mereka atas alasan ibu mereka tidak mampu untuk menjaga mereka.

Namun hakim memutuskan tiada sebab-sebab yang wajar untuk tidak menghantar mereka pulang ke Armenia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIBENAR TINGGAL: Gambar fail 13 Ogos yang dirakamkan di The Hague menunjukka­n Howick dan Lili.
— Gambar AFP DIBENAR TINGGAL: Gambar fail 13 Ogos yang dirakamkan di The Hague menunjukka­n Howick dan Lili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia