Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa Malaysia dijangkaka­n lemah Pasaran tidak menentu, FBMKLCI akan bertahan masing-masing pada 1,805 dan 1,776

-

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka menyaksika­n aktiviti pengambila­n untung minggu ini susulan kebimbanga­n terhadap lebihan bekalan sejajar dengan trend bermusim, kata seorang peniaga.

Tambahan lagi ia adalah minggu dagangan pendek apabila para pelabur mengelak mengambil pegangan jangka panjang.

Minggu ini, pasaran akan ditutup sempena cuti umum Hari Keputeraan Yang diPertuan Agong (Isnin) dan Awal Muharram (Selasa).

Peniaga Kanan Interband Group of Companies Jim Teh berkata kepada Bernama, harga MSM dijangka diniagakan pada paras RM2,130 dan RM2,180 setan metrik minggu ini.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dijangka mengumumka­n paras inventori bagi tempoh 19 hari pertama September.

“Inventori dijangka berada pada paras 2.4 juta tan metrik,” katanya kepada Bernama, di sini, kelmarin.

MPOB melaporkan kenaikan bulanan 1.26 peratus bagi paras inventori Julai kepada 2.21 juta tan metrik daripada 2.18 juta tan metrik pada akhir Jun.

Data itu juga menunjukka­n pengeluara­n meningkat 12.79 peratus kepada 1.5 juta tan metrik daripada 1.33 juta tan metrik dan eksport minyak sawit naik 6.75 peratus kepada 1.20 juta tan metrik daripada 1.12 juta tan metrik dalam bulan sebelumnya.

Bagi Asas Jumaat ke Khamis, kontrak September 2018 dan Oktober 2018 turun RM13 masing-masing kepada RM2,213 setan metrik dan RM2,244 setan metrik, manakala November 2018 susut RM18 kepada RM2,266, dan Disember 2018 berkuranga­n RM21 kepada RM2,294.

Jumlah dagangan mingguan turun kepada 130,674 lot daripada 147,529 lot sebelumnya, manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 284,244 kontrak berbanding 303,962 kontrak.

Di pasaran fizikal, Selatan September South naik RM15 kepada RM2,230 setan metrik daripada RM2,215 setan metrik pada minggu sebelumnya. — Bernama KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia dijangkaka­n perlahan minggu ini susulan ketidakten­tuan dalam pasaran ekonomi pesat membangun, ketegangan perdaganga­n yang semakin meningkat dan hujung minggu yang panjang di negara ini, kata peniaga.

Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pelabur akan sentiasa berhati- hati terhadap peristiwa luaran dan oleh itu, FBMKLCI akan bertahan sekitar tahap rintangan dan sokongan, masing-masing pada 1,805 dan 1,776 minggu ini.

“Selain itu, data gaji bukan ladang AS dijangka menunjukka­n pasaran buruh di Amerika Syarikat kekal kukuh, yang memberi sokongan kepada kenaikan kadar di AS, pada mesyuarat Jawatankua­sa Terbuka Persekutua­n (Fed) pada 26 Sept.

“Fed dijangka menaikkan 25 mata asas, yang kini berada pada dua peratus. Ini akan menambah tekanan kepada aset negara dan mata wang negara pesat membangun,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baharu berakhir, Bursa Malaysia bergerak antara 1,795.29 dan 1,802.12, mengesan impak perang perdaganga­n ke atas negara, sebelum meningkat selepas merosot tiga hari pada Khamis dan meneruskan momentumny­a pada Jumaat.

Pada tiga hari pertama, pasaran tempatan berada dalam arah aliran menurun dan berusaha mengatasi trend negatif, namun gagal tetapi akhirnya kembali tinggi pada Khamis.

Ketua Pegawai Urus Niaga M&A Securities Sdn Bhd R Sundararaj­ah berkata pasaran masih berada pada aras rendah pada minggu yang baharu berakhir, dengan mengambil kira hujung minggu yang panjang minggu ini.

“Kami dapat melihat banyak pelabur tidak mengambil sebarang pegangan, dan ini ditambah pula dengan prestasi indeks komposit, yang didagangan pada Isnin pada 1,819 dan turun kira-kira 20 mata sejak itu.

“Kami juga melihat jualan bersih oleh warga asing berjumlah RM602 juta,” katanya, sambil menambah bahawa beliau menjangkak­an indeks kekal pada tahap 1,800.

Selain itu, Sundararaj­ah juga berkata pelabur akan memantau prestasi Wall Street serta pasaran serantau pada dua hari pertama minggu ini walaupun cuti umum di Malaysia.

“Kita mengikuti arah yang sama seperti Dow Jones dan ekonomi utama Asia yang lain, dan sehingga itu, pelabur tidak mungkin mengambil kedudukan terbuka,” ka- tanya.

Bursa Malaysia ditutup pada Isnin dan Selasa sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan disusuli cuti Awal Muharam, Tahun Baharu Islam.

Berbanding Khamis sebelumnya, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI mencatatka­n 20.49 mata lebih rendah pada 1,799.17 pada Jumaat.

Pasaran ditutup pada Jumaat sebelumnya sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Indeks FBM Emas susut 156.99 mata kepada 12,562.43, Indeks FBMT100 turun 144.87 mata kepada 12,381.56.

FBM 70 menyusut 189.23 mata kepada 14,936.82, Indeks FBM Emas Shariah turun 123.54 mata kepada 12,683.53, manakala FBM Ace merosot 136.99 mata kepada 5,146.72.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 168.86 mata kepada 17,796.11, Indeks Perladanga­n jatuh 72.75 mata kepada 7,504.83, manakala Indeks Perusahaan susut 0.41 mata kepada 3,221.55.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 11.68 bilion unit bernilai RM10.15 bilion berbanding 10.65 bilion unit bernilai RM9.9 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 5.66 bilion saham bernilai RM8.99 bilion daripada 6.81 bilion saham bernilai RM9.05 bilion pada Jumaat sebelumnya.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 2.98 bilion unit bernilai RM872.93 juta daripada 1.8 bilion unit bernilai RM488.26 juta.

Jumlah dagangan ACE merosot epada 1.73 bilion saham bernilai RM238.88 juta daripada 2.03 bilion saham bernilai RM360.64 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia