Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit didagangka­n berhati-hati berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit yang dijangka didagangka­n berhati-hati, susulan tindakan pelabur untuk mengelak mata wang berisiko, didagangka­n antara RM4.09 dan RM4.16 berbanding dolar AS minggu ini.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kini berlaku tindakan untuk mengelak daripada mengambil risiko ekoran kebimbanga­n terhadap kesan penularan dari Argentina, Turki dan Afrika Selatan, selain jangkaan pelak- sanaan tarif oleh pentadbira­n Presiden AS Donald Trump selepas tamatnya ulasan awam, Jumaat.

Sementara itu, statistik penanda aras buruh, Gaji Bukan Ladang (NFP), dijangka menunjukka­n bacaan yang sihat, yang membolehka­n Rizab Persekutua­n AS membuat keputusan menaikkan kadar faedah asas pada mesyuaratn­ya 26 Sept depan.

“Jika ini berlaku aset dan mata wang ekonomi pesat membangun dijangkaka­n terjejas, termasuk ringgit,” katanya kepada Bernama.

Namun sekurang-kurangnya, Mohd Afzanizam berkata Malaysia tidak akan mengalami dua defisit serenak ( defisit akaun semasa dan defisit fiskal).

Dalam tempoh sebulan hingga kini, ringgit susut kirakira 0.86 peratus berbanding dolar, namun lebih baik daripada won Korea (-0.89), rupiah Indonesia (-0.91) dan rupee India (- 1.14), kata Mohd Afzanizam.

“Ringgit mungkin merupakan mata wang yang paling kurang terjejas. Tahap sokongan dan rintangan adalah pada sekitar RM4.09 dan RM4.15. Berkemungk­inan kedudukan ringgit akan berlarutan pada tahap ini dalam tempoh pendek,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Kanan dan Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata walaupun nota tempatan menyusut nilai berbanding dolar AS sejak beberapa hari kebelakang­an ini, prestasiny­a masih diang- gap lebih baik daripada mata wang lain di rantau ini.

“Oleh itu untuk tinjauan minggu depan (minggu ini), prestasi ringgit akan bergerak antara RM4.14 dan RM4.16,” kata Ahmed Razman.

Sementara itu pada Rabu, BankNegara­Malaysiame­ngekalkan Kadar Dasar Semalaman pada 3.25 peratus selepas mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari selama dua hari.

Minggu ini, pasaran akan ditutup pada hari Isnin dan Selasa sempena sambutan Hari Keputeraan, Yang di-Pertuan Agong dan Awal Muharram.

Pada asas Jumaat-Jumaat, nota tempatan turun kepada 4.1435/1465 berbanding dolar AS daripada 4.1080/ 1110 minggu sebelumnya.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan lebih rendah.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0139/0163 daripada 3.0073/1100 dan jatuh berbanding pound British kepada 5.3725/3768 daripada 5.3462/3525 minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia