Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah dijangka diniagakan tinggi minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu ini seiring dengan pergerakan ringgit berbanding dolar AS dan harga minyak mentah dunia, kata seorang peniaga.

Beliau berkata harga getah juga dijangka bergerak sejajar dengan komoditi lain, serta pasaran niaga hadapan serantau, iaitu Bursa Komoditi Tokyo dan Bursa Niaga Hadapan Shanghai.

“Harga minyak mentah tinggi pada Jumaat apabila inventori minyak mentah Amerika Syarikat menyusut,” kata peniaga itu yang juga menjangka komoditi tersebut mendapat kuasa beli dari India berikutan bencana banjir yang melanda Kerala.

Banjir itu menyebabka­n kekurangan bekalan getah hampir 20 peratus daripada industri tayar India, katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik 5.5 sen kepada 540.5 sen sekilogram dan lateks pukal meningkat 6.5 sen kepada 409 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi 5 petang bagi SMR 20 turun 5.5 sen kepada 540 sen sekilogram manakala lateks pukal naik tujuh sen kepada 409.5 sen sekilogram.

Minggu ini, pasaran akan menyambung daganganny­a pada Rabu berikutan cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di- Pertuan Agong ( Isnin) dan Awal Muharram ( Selasa). — Bernama KUALALUMPU­R: Kadar-kadar jangka pendek dijangkaka­n kekal stabil minggu ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) dalampasar­anwangbagi menyerap lebihan dana.

Bagi minggu yang baharu berakhir, kadar rujukan Islam semalaman kekal pada 3.19 peratus seperti minggu sebelumnya, manakala kadar-kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing tidak berubah pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus.

Sementara itu, kadar asas KLIBOR tiga bulan disandarka­n pada 3.69 peratus.

Sepanjang minggu yang baharu berakhir, bank pusat campur tangan dalam asas harian bagi menyerap lebihan tunai dalam sistem kewangan dengan melaksanak­an tender, termasuk pasaran wang konvension­al, Qard, repo dan Bil Antarabank Bank Negara.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, lebihan mudah tunai dalam sistem konvension­al bagi minggu lepas merosot kepada RM23 bilion berbanding RM33.67 bilion pada minggu sebelumnya, manakala dalam sistem Islam, angkanya berkuranga­n kepada RM9.5 bilion berbanding RM15.95 bilion sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia