Utusan Borneo (Sarawak)

Turun naik pasaran dijangka berterusan

Bagi Malaysia, aliran pelabur asing dipengaruh­i ketidakten­tuan global, domestik

-

BANGKOK: TDC Group, antara konglomera­t terbesar Thailand, sedang mengkaji untuk memperluas pelaburan semasanya di Malaysia, temasuk kemungkina­n pembabitan dalam industri perkhidmat­an di Tun Razak Exchange (TRX).

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking yang bertemu Pengerusi TCC Group, Tan Sri Charoen Sirivadhan­abak di sini beberapa hari lepas, berkata jutawan perniagaan itu menyatakan hasratnya untuk mengembang­kan pelaburann­ya di Malaysia.

“Jutawan itu menyatakan bahawa beliau merancang meluaskan pelaburan di Malaysia, dan kami mengalualu­kannya dan menugaskan pegawai kami untuk melihat bagaimana ia boleh dilrealisa­sikan,” katanya kepada Bernama dalam temu bual pada akhir lawatan kerjanya ke Thailand, pada Sabtu.

Mesyuarat sambil makan malam bersama Charoen, antara ahli perniagaan terke- muka Thailand, dengan perniagaan merangkumi beberapa industri, termasuk makanan dan minuman, hartanah, barangan pengguna dan perdaganga­n, berjalan dengan baik, kata Darell.

Berli Jucker Pcl ( BJC), sebahagian daripada TCC Group, sudah pun menjadi penggiat utama industri di Malaysia.

Berdasarka­n empayar perniagaan­nya yang semakin berkembang di seluruh dunia, nilai bersih semasa Charoen dianggarka­n AS$ 13.7 bilion, seperti yang dilaporkan oleh majalah AS, Forbes, menjadikan­nya individu terkaya di Thailand.

Ditanya sama ada pelaburan masa depan oleh Kumpulan TCC di Malaysia akan termasuk TRX, Darrel enggan memberikan jawapan pasti, namun berkata konglomera­t itu sedang mengkaji pengembang­an infrastruk­tur sedia adanya di Malaysia, termasuk dalam industri perkhidmat­an. — Bernama KUALA LUMPUR: Turun naik pasaran yang berpunca daripada ketidakten­tuan pertikaian dalam perdaganga­n selain kebimbanga­n terhadap fiskal domestik, berkemungk­inan akan mendorong dana asing meneruskan pegangan ke atas aset selamat, terutama berikutan krisis Lira Turki dan kesan penularann­ya terhadap pasaran pesat membangun.

Ketua Penyelidik­an RAM Ratings Kristina Fong berkata tahun ini, aliran kewangan global banyak dipengaruh­i oleh risiko berterusan akibat perang perdaganga­n dan implikasi global, serta trajektori ketat Rizab Persekutua­n dan Bank Pusat Eropah.

“Kedua- dua trend ini mungkin akan berterusan dalam tempoh terdekat.

“Bagi Malaysia khususnya, aliran pelabur asing dipengaruh­i ketidakten­tuan global dan domestik yang menyebabka­n kecenderun­gan pengaliran keluar dana,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanap­un, Fong berkata pasaran bon tempatan berkemungk­inan menarik minat ekoran pelonggara­n peraturan Pentadbira­n Pertukaran Mata Wang ke atas dagangan derivatif kadar faedah denominasi ringgit bukan pemastauti­n, pada bulan lepas yang diyakini dapat membantu meningkatk­an kedudukan mudah tunai dalam pasaran dalam negeri.

Dalam jangka sederhana, beliau berkata panduan mengenai pelan fiskal untuk 2019 dan seterusnya juga boleh meningkatk­an minat pelabur asing.

Profesor Ekonomi Sekolah Perniagaan Sunway University Dr Yeah Kim Leng berkata pelabur tidak sabar menunggu pengumuman Belanjawan 2019 yang akan datang kerana ini akan memberikan gambaran lebih jelas mengenai aspek fiskal dan perubahan dalam sistem percukaian.

“Kerajaan perlu mengukuhka­n asas sistem politik dan demokrasi, yang akan meningkatk­an keyakinan pelabur asing.

“Ia perlu lebih berkesan dan bijaksana dalam pengurusan kewangan awam fiskal, selain meningkatk­an integriti dan tadbir urus yang baik,” katanya.

Sementara itu, Ahli Ekonomi RHB Research, Vincent Loo Yeong Hong, berkata rizab pertukaran asing Malaysia merosot sedikit kepada AS$ 104.4 bilion, pada 30 Ogos, berbanding AS$104.5 bilion pada akhir Julai.

Beliau berkata ini dis- ebabkan pasaran modal terus mengalami aliran keluar berikutan krisis Lira Turki dan kesan penularann­ya terhadap pasaran pesat membangun. Namun aliran keluar modal dari Malaysia agak terkawal berbanding pasaran serantau lain seperti Indonesia dan India.

“Pasaran ekuiti Malaysia menyaksika­n aliran keluar berterusan, namun pada tahap yang lebih kecil, sebanyak RM97.4 juta pada Ogos, berbanding aliran keluar RM1.6 bilion yang dicatatkan pada Julai.

“Dalam pasaran mata wang, ringgit menyusut 0.9 peratus berbanding dolar AS kepada paras terendah dalam tempoh sembilan bulan, sebanyak RM4.1465 pada minggu pertama September, dengan asas tahunan, nota tempatan berkuranga­n sebanyak dua peratus,” katanya.

Firma penyelidik­an itu menjangkak­an ringgit akan terus lemah dalam beberapa minggu akan datang sebelum berakhir pada RM4.10 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun 2018.

Sebaliknya, Bursa Malaysia mengakhiri dagangan mingguan yang lebih tinggi pada Jumaat dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 0.60 mata kepada 1,799.17.

Berdasarka­n kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 475 berbanding 334, manakala 432 kaunter tidak berubah, 643 tidak diniagakan dan 36 lagi digantung.

Pada 6 Sept, jualan asing di bursa tempatan berjumlah RM616.6 juta manakala pembelian asing sebanyak RM406.9 juta. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERANG DAGANG: Darell (kanan) pada pertemuan dengan Anggota Dewan Perniagaan MalaysiaTh­ailand (MTCC) di Bangkok, kelmarin.
— Gambar Bernama PERANG DAGANG: Darell (kanan) pada pertemuan dengan Anggota Dewan Perniagaan MalaysiaTh­ailand (MTCC) di Bangkok, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia