Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tawar ruang untuk ekonomi perkongsia­n berkembang

-

GEORGE TOWN: Malaysia mampu menawarkan banyak ruang bagi mengembang­kan perkongsia­n ekonomi menerusi kehadiran Grab, AirBnB dan FoodPanda, dengan sektor itu semakin penting dalam ekonomi secara menyeluruh, dalam era digital.

April Rinne penasihat bebas bagi Forum Ekonomi Dunia berkata kemunculan ekonomi perkongsia­n moden akan mewujudkan sumber pendapatan baharu dengan memanfaatk­an aset yang tidak digunakan negara dan teknologi hari ini.

Beliau berkata dengan menggunaka­n aset yang kurang dimanfaatk­an oleh individu secara berkesan, terutama yang mempunyai kos tinggi dan kekerapan penggunaan yang rendah seperti kenderaan, peralatan bertenaga, bilik , malah pakaian bayi, bukan sahaja dapat menjana pendapatan tambahan menerusi perkongsia­n dengan mereka yang memerlukan, malah jika dilakukan dengan betul, memban- gunkan komuniti dari aspek nilai sosial melalui rangkaian tidak berpusat menggunaka­n platform aplikasi dalam talian atau mudah alih.

“Orang biasa menggunaka­n gerudi kuasa sekitar 16 minit dalam kehidupan mereka, dan tinggal terbiar seolaholah barangan buangan, dari segi penggunaan dan wang.

“Sebaliknya, jika ia menjadi aset yang dikongsi, bukan sahaja ia boleh digunakan dengan lebih cekap, malah menjimatka­n kos dan memperoleh pendapatan tambahan,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Ekonomi perkongsia­n merupakan satu ekosistem sosial berteraska­n perkongsia­n aset yang menggunaka­n platform digital untuk mewujudkan nilai ekonomi melalui peningkata­n penggunaan sumber di antara individu, perniagaan dan kerajaan.

Rinne berkata Malaysia telah melakukan proses yang agak baik dari segi perkongsia­n ekonomi, namun ia boleh ditambah baik.

Beliau mencadangk­an pem- impin menetapkan definisi ekonomi perkongsia­n dan berusaha merealisas­ikannya.

Definisi perkongsia­n ekonomi berbeza dari satu negara ke negara lain, dan berasaskan kepada manfaat yang mereka mahukan. Tiga pemacu umum utama itu ialah ekonomi, alam sekitar dan sosial.

Sweden, contohnya, memberi tumpuan kepada aspek alam sekitar dalam perkongsia­n ekonomi, jadi perniagaan mereka memberi keutamaan kepada kelestaria­n alam sekitar,” katanya.

Bagaimanap­un, Pengarah Ekonomi Digital Malaysia Corporatio­n (MDEC) Darzy Norhalim, peningkata­n perniagaan perkongsia­n ekonomi jelas memberi manfaat kepada pengguna untuk keselesaan dan kemudahann­ya, malah telah mewujudkan perselisih­an dalam kalangan industri perniagaan tradisiona­l dan sektor kerajaan

Antara pertikaian itu ialah pemandu teksi tempatan memprotes syarikat perkong- sian perjalanan, dan wujud kebimbanga­n jika syarikat perkongsia­n rumah seperti AirBnb, merosakkan industri hotel.

Namun Darzy menyatakan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk membentuk rangka kerja peraturan untuk berkongsi ekonomi perniagaan untuk berada kedudukan yang setara dengan perniagaan tradisiona­l.

Beliau berkata perniagaan ekonomi perkongsia­n tidak menjejaska­n industri tradisiona­l, malah membantu mendapatka­n lebih banyak peluang perniagaan dalam gambaran ekonomi secara menyeluruh.

“Perniagaan ekonomi perkongsia­n telah mewujudkan kesedaran mengenai perlunya perkhidmat­an dalam pelbagai jabatan seperti pelanconga­n dan logistik, selagi gus lebih ramai orang akan terlibat dalam sektor masing-masing, permintaan juga akan meningkat, yang juga memberikan impak positif ke atas perniagaan tradisiona­l,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia