Utusan Borneo (Sarawak)

ASEAN digesa bersama untuk tampan kejatuhan akibat perang dagang AS-China

-

BANGKOK: ASEAN digesa mencari jalan untuk negara anggotanya bekerjasam­a bagi menampan kemungkina­n kejatuhan akibat perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking berkata perang perdaganga­n antara dua kuasa besar ekonomi dunia itu akan memberi kesan kepada semua pihak.

“Di ASEAN, jika kita dapat mencari cara untuk bersatu, kita mungkin dapat mengurangk­an kesannya (perang perdaganga­n AS- China). Jika Kesatuan Eropah (EU) melakukan sesuatu, maka ASEAN juga perlu berbuat demikian,” katanya kepada Bernama pada penghujung lawatan kerja selama tiga harinya ke Thailand kelmarin.

ASEAN, menurutnya, sangat beruntung mempunyai rakan kongsi yang mahu bekerjasam­a dengan kumpulan seperti Australia, New Zealand dan China dalam usaha untuk mengurangk­an kesan akibat perang perdaganga­n itu.

Tindak balas bersama ASEAN terhadap perang perdaganga­n AS-China dibincangk­an ketika Darell bertemu Menteri Perdaganga­n Thailand Sontirat Sontijiraw­ong semalam.

Menteri dari Malaysia itu berkata Kuala Lumpur dan Bangkok akan mengenal pasti persefaham­an bersama bagi memastikan kedua-dua negara berjiran itu dapat mengelak perang perdaganga­n yang semakin meningkat antara AS dan China.

Semasa pertemuan dengan Sontijiraw­ong, Darell juga berkata Malaysia dan Thailand, yang menjadi pengeluar minyak sawit, akan saling menyokong kerana kedua-dua negara menentang kemungkina­n sekatan EU terhadap komoditi tersebut.

Ahli Parlimen Penampang itu membidas negara-negara Eropah yang cuba menentukan masa depan industri minyak sawit.

“Mereka tidak menanam sawit. Sukar bagi saya untuk terima apa yang mereka mahu saya lakukan ke atas pokok sawit. Itu bukan caranya,” katanya, sambil menambah beratus-ratus orang di Malaysia, bergantung kepada industri minyak sawit.

Beliau berkata usaha kerajaan dalam mempertaha­nkan industri minyak sawit negara daripada kemungkina­n sekatan EU bukan untuk melindungi ahli perniagaan, bahkan untuk menyelamat­kan masa depan negara.

Darell, yang tiba di Bangkok dua hari lepas, berkata Thai- land juga menyuaraka­n hasratnya untuk memanfaatk­an kepakaran Malaysia dalam teknologi minyak sawit.

Mengenai pertemuan dengan Persekutua­n Industri Thai (FTI), kumpulan berpengaru­h itu memberikan komitmen terhadap sokongan berterusan mereka bagi memastikan Malaysia mendapat lebih banyak pelaburan yang saling menguntung­kan dari Thailand.

Beliau juga meminta FTI menimbang Sabah dan Sarawak sebagai destinasi pelaburan.

FTI, katanya teruja terhadap peluang baharu yang ditawarkan oleh Malaysia baharu.

“Pihak Thailand tidak mengundi (semasa PRU14) namun mereka menyokong kita, mereka mahu melihat sesuatu yang berbeza,” katanya.

Darell juga menggesa semua agensi berkaitan di Malaysia untuk berusaha mengurangk­an birokrasi untuk memudahkan lebih banyak pelaburan ke negara ini.

Sementara itu, semasa bertemu anggota Dewan Perdaganga­n Malaysia-Thailand ( MTCC) kelmarin, menteri itu menggesa badan perdaganga­n dalam ASEAN supaya bersatu dan mula berdagang antara satu sama lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia