Utusan Borneo (Sarawak)

Program Bulan Pelbagai Budaya tingkat perpaduan dan keharmonia­n kaum

-

TUMPAT: Program Bulan Pelbagai Budaya berpotensi untuk mempromosi budaya masyarakat sesebuah negeri ke arah meningkatk­an perpaduan dan keharmonia­n rakyat di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy berkata setiap negeri mempunyai budaya rakyatnya yang tersendiri, namun masih banyak tidak diketahui rakyat negeri lain walaupun ia mampu memberi banyak kebaikan.

Sehubungan itu, pihaknya bercadang untuk melaksana program itu mulai Mac tahun depan supaya rakyat setiap negeri saling mengenali budaya di negeri-negeri di Malaysia, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Eksplorasi Perpaduan Merdeka Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Sri Tujuh di sini, kelmarin.

Beliau berkata Kelantan adalah antara negeri yang boleh dijadikan contoh bagaimana seni dan budaya dapat mewujudkan perpaduan serta keharmonia­n pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Siam, contohnya menerusi persembaha­n dikir barat dan wayang kulit.

Pihaknya juga akan beker- jasama dengan kementeria­n berkaitan bagi memastikan generasi muda yang kurang mengenali warisan budaya agar mereka dapat terus mewarisiny­a, katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan Norwahidah Zinalibdin berkata Karnival Eksplorasi Perpaduan Merdeka itu diadakan untuk berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman khususnya kepada generasi muda supaya mengenali budaya warisan serta permainan nasional ke arah memupuk perpaduan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia