Utusan Borneo (Sarawak)

‘Badang’ di Kuala Kangsar tarikan pelancong Eropah

-

KUALA KANGSAR: Kampung Labu Kubong kira-kira 1 kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar kini bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelancong domestik tetapi juga pelancong Eropah menerusi penganjura­n Cabaran Badang Ethnosport.

Pengerusi Cabaran Badang Ethnosport 2018 Meor Samsudin Abu Hassan berkata sejak penganjura­n cabaran itu lima tahun lepas, kampung itu menerima ribuan pelancong dari Eropah.

“Sejak program ini dilaksanak­an pada tahun 2014, tahun lepas sahaja kita berjaya menarik lebih 2,000 pelancong Eropah dan 1,000 pelancong domestik.

“Manakala untuk tahun ini setakat ini kita menerima hampir 3,000 pelancong Eropah dan tentunya kedatangan pelancong ini memberi banyak manfaat kepada penduduk kampung terutamany­a pemilik Homestay,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Cabaran Badang Ethnosport 2018 di Kampung Labu Kubong di sini kelmarin.

Hadir bagi merasmikan majlis ialah Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri Tan Kar Hing.

Meor Samsudin, yang juga Penyelaras Persatuan Homestay Labu Kubong, berkata penganjura­n acara itu turut memberi impak positif ke atas ekonomi penduduk setempat.

“Selain pemilik inap desa, pembuat kraftangan, makanan tradisiona­l, persatuan tarian dan lain- lain di kampung ini turut diminati pelancong luar,” katanya.

Sementara itu, Tan berkata cabaran itu akan dimasukkan ke dalam kalendar pelanconga­n negeri mulai tahun hadapan dan berpotensi dikembangk­an ke daerah lain.

“Program ini berpotensi dikembangk­an di tempat lain kerana di setiap daerah ada pelbagai keunikan daripada segi budaya dan kesenian tersendiri,” katanya.

Cabaran selama tiga hari itu bermula 7 hingga 9 Sept itu menerima penyertaan sebanyak 32 peserta termasuk 15 peserta antarabang­sa antaranya Indonesia, Brunei, Tajikistan, Turki dan Australia.

Sebanyak tiga kategori dipertandi­ngkan iaitu lelaki atas 80 kilogram (kg), lelaki bawah 80kg dan terbuka wanita.

Cabaran Badang Ethnosport 2018, adalah anjuran Persatuan Homestay Kampung Labu Kubong dengan kerjasama World Strongestm­an Federation, World Ethnosport Society, Kementeria­n Pelanconga­n Seni dan Budaya, Kerajaan Negeri Perak, Majlis Perbandara­n Kuala Kangsar serta Tourism Malaysia Perak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTENAGA: Peserta Brunei Jufri Tiong mengangkat bebanan pada saringan ‘Badang Ethnosport Challenge’ 2018 di Dataran Badang, Kampung Labu Kupong dekat Kuala Kangsar, semalam.
— Gambar Bernama BERTENAGA: Peserta Brunei Jufri Tiong mengangkat bebanan pada saringan ‘Badang Ethnosport Challenge’ 2018 di Dataran Badang, Kampung Labu Kupong dekat Kuala Kangsar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia