Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka bangun modal insan penuhi keperluan tenaga mahir

-

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka fokus membangun modal insan di negeri ini dalam usaha memenuhi keperluan tenaga mahir di negeri tersebut, kata Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri Noor Effendi Ahmad.

Beliau berkata seiring dengan perkembang­an teknologi serta kemasukan pelaburan menggalakk­an, keperluan tenaga mahir di Melaka juga seluruh negara semakin meningkat saban tahun, justeru rakyat terutama generasi muda perlu mengambil peluang daripada usaha kerajaan itu.

“Pendidikan tinggi adalah instrumen pengislaha­n bangsa yang paling penting untuk sesebuah negara, segala pencapaian memberangs­angkan negara adalah ekoran pemimpin kita yang sentiasa membuka seluas-luasnya peluang dalam pengajian tinggi.

“Matlamat utama kerajaan bagi memastikan semua rakyat terutama generasi muda mendapat ruang dan peluang pendidikan daripada aspek akademik atau pun latihan kemahiran,” katanya berucap merasmikan Istiadat Konvokesye­n Kolej Antarabang­sa Yayasan Melaka (KAYM) ke-16 Ayer Keroh di sini kelmarin.

Pada majlis itu, seramai 718 graduan KAYM menerima diploma dan sijil masingmasi­ng. Turut hadir Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi.

Bernama sebelum ini melaporkan Melaka merekodkan pelaburan berjumlah RM22.5 bilion dalam tempoh empat setengah tahun ini dan pelaburan terbesar dibuat Edra Power berjumlah RM4.5 bilion bagi membina loji kuasa turbin gas berkapasit­i 1,500 megawatt, menggunaka­n 1,200 pekerja sepanjang tempoh pembinaann­ya.

Sementara itu, Saroni berkata KAYM komited untuk membangunk­an modal insan selaras dengan hasrat kerajaan negeri dengan menawarkan lebih 30 program pengajian terkini, diiktiraf dan berkualiti, antaranya bidang teknologi media, kejurutera­an, pengurusan perniagaan dan bidang aeronautik.

“Dalam masa sama, kita juga berhasrat menambah program dalam bidang keagamaan termasuk Undang-undang Islam dan bahasa Arab serta mencari rakan kongsi dengan universiti luar negara yang mana pengajiann­ya dikendalik­an di Malaysia.

“Kita jangka akan melaksanak­annya pada tahun depan. Sehingga kini, KAYM telah melahirkan lebih 21,000 graduan dalam pelbagai bidang yang berkualiti, berinovasi dan berketramp­ilan tinggi,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pertahanan meluluskan peruntukan tambahan RM407,300 bagi menampung kos pembaikan lapan buah lif di Kuarters Desa Setia Wira, di sini sementara lapan lagi lif akan dibaiki menggunaka­n peruntukan Dasar Sedia Ada.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata pihaknya telah mengadakan perbincang­an dengan Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Halimi Abd Manaf dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

“Mereka telah bersetuju menyalurka­n peruntukan tambahan bagi tahun ini untuk menampung kos pembaikan lapan buah lif berkenaan.

“Daripada aduan diterima, saya telah melakukan lawatan mengejut ke kuarters Desa Setia Wira pada 4 Sept lepas dan mendapati 16 daripada 27 buah lif di blok penginapan berkenaan telah rosak,” ka- tanya dalam kenyataan di Facebook rasminya kelmarin.

Selain itu, beliau juga difahamkan bahawa keadaan lebih sukar apabila berlaku masalah bekalan air yang memaksa mereka mengangkut air menggunaka­n tangga di kuarters itu.

Mohamad berkata beliau dan pihak kementeria­n akan cuba memastikan kebajikan setiap warga ATM sentiasa diutamakan walaupun dalam keadaan kekangan kewangan sekarang ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia