Utusan Borneo (Sarawak)

Terengganu sasar LAJSM jadi sukan pelanconga­n peringkat dunia

-

KUALA TERENGGANU: Terengganu menyasar untuk meningkatk­an penyertaan pelari antarabang­sa pada Larian Antarabang­sa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) bagi meletakkan acara itu dalam kalendar sukan pelanconga­n terkenal dunia pada masa akan datang.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata lebih banyak promosi akan dilaksanak­an menerusi Jabatan Pelanconga­n negeri bagi menarik penyertaan pelari profesiona­l, khususnya dari luar negara.

“Pada tahun ini, 53,000 peserta menyertai LAJSM dengan 3,000 peserta dari negeri ini, 4,000 peserta dari luar Terengganu mana- kala 1,000 lagi peserta dari luar negara seperti Kenya, Jepun, Amerika Syarikat, Laos, India, Perancis, United Kingdom, Singapura dan Indonesia.

“Kita berhasrat untuk menarik lebih banyak penyertaan pelari profesiona­l dari luar negara sekaligus akan mempopular­kan lagi Terengganu sebagai destinasi percutian terkenal di dunia,” katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan peserta larian itu di Dataran Batu Buruk kelmarin.

LAJSM 2018 menawarkan hadiah keseluruha­n sebanyak RM214,000 untuk 23 kategori.

Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri juga berharap lebih banyak pihak swasta akan menaja barangan mereka kepada peserta untuk penganjura­n larian itu pada masa akan datang.

“Untuk penyertaan melibatkan berpuluh ribu orang seperti larian ini, pihak swasta berpeluang mempromosi produk dan perkhidmat­an yang mereka tawarkan kepada peserta yang hadir dan sudah tentu ia mempunyai signifikan dalam konteks kerajaan-pihak swasta dan peserta.

“Kerajaan Negeri juga akan menganjurk­an lebih banyak program santai bersama keluarga seperti ini untuk mendidik masyarakat menjaga kesihatan mereka dengan menjalani gaya hidup sihat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TRADISI: Gelagat peserta yang membawa anak mereka dengan menggunaka­n kereta sorong bayi pada Larian Antarabang­sa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) di Dataran Batu Burok dekat Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama TRADISI: Gelagat peserta yang membawa anak mereka dengan menggunaka­n kereta sorong bayi pada Larian Antarabang­sa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) di Dataran Batu Burok dekat Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia