Utusan Borneo (Sarawak)

Timbang serap 36,000 guru KAFA ke jawatan tetap

-

KUANTAN: Kerajaan sedang menimbang cadangan melantik kira- kira 36,000 guru Kelas al- Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke jawatan tetap, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Beliau berkata pertimbang­an itu, yang kini dalam peringkat kajian, dibuat dalam usaha membela kebajikan guru berkenaan.

“Kita melihat peluang untuk menaik taraf jawatan guru KAFA ini melalui skim perjawatan tetap dalam kerajaan, berdasarka­n beberapa syarat membabitka­n kelayakan pensijilan, latihan pendidikan dan perjawatan secara tetap.

“Tujuan utama kita cadangkan mereka ini dilantik secara tetap ialah untuk menjaga kebajikan mereka seperti imbuhan pencen, insurans kesihatan dan elaun lain yang bersesuaia­n untuk mereka,” katanya.

Fuziah berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di Dewan BahagianTe­knologiPen­didikan Pahang di sini, kelmarin.

Katanya, cadangan itu dikemukaka­n di Parlimen pada Ogos lalu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku penyelaras KAFA, diberi tanggungja­wab melaksanak­an kajian terbabit, yang dijangka mengambil tempoh setahun.

Selain itu, Fuziah juga menasihatk­an ibu bapa untuk mengambil tahu mengenai pendaftara­n dan keselamata­n pusat tahfiz sebelum menghantar anak mereka ke premis berkenaan.

“Ibu bapa perlu pastikan pusat tahfiz itu memiliki lesen jabatan agama, mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak bomba supaya dapat mengurangk­an risiko berlaku kejadian tidak diingini.

“Sebenarnya kita (agensi kerajaan yang bertanggun­gjawab memantau pusat tahfiz) kekurangan kakitangan untuk memantau semua pusat tahfiz yang tumbuh seperti cenda- wan, oleh itu, saya sangat berharap ibu bapa turut sama memainkan peranan dalam membantu kami,” katanya.

Fuziah menambah pusat tahfiz yang berdaftar juga membolehka­n mereka menerima bantuan sewajarnya daripada kerajaan, selain memastikan pelajar dapat belajar dalam persekitar­an selamat dan diajar oleh guru bertauliah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia