Utusan Borneo (Sarawak)

Korban memastikan proses memindahka­n batu berjalan lancar

-

KENINGAU: Sebanyak 21 haiwan ternakan termasuk kerbau jantan dan ayam putih dikorbanka­n dalam upacara ritual pemindahan Batu Sumpah Peringatan Keningau semalam bagi memastikan proses memindahka­n batu sumpah itu berjalan lancar.

Pegawai Daerah Keningau Yusop Osman berkata batu sumpah berkenaan diangkat dan dipindahka­n menggunaka­n lori 10 tan selain diarak sejauh satu kilometer dengan dipimpin oleh Ketua Bobolian Muri Kulim bersama 1,000 pengiring.

Katanya projek pemindahan batu sumpah dari perkaranga­n Pejabat Urusetia Daerah Keningau ke Muzium Warisan Keningau itu menelan belanja kira-kira RM1.025 juta.

“Upacara itu mematuhi segala terma serta kaedah mengikut adat istiadat penduduk Kadazandus­un dan Murut (KDM) pedalaman sebagaiman­a ia dilakukan ketika batu sumpah berkenaan didirikan pada 31 Ogos 1964,” katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n upacara pemindahan tersebut di sini.

Upacara pemindahan batu sumpah berkenaan disempurna­kan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan Alam Sekitar Sabah, Raymond Ahuar yang turut menyifatka­n ia sebagai peristiwa bersejarah yang perlu diketahui oleh semua rakyat di negara ini.

Raymond berkata perun- tukan besar bagi membiayai projek pemindahan batu sumpah itu juga adalah bukti keikhlasan serta pengiktira­fan kerajaan persekutua­n kepada rakyat Sabah khususnya di pedalaman.

Katanya batu sumpah yang mempunyai sejarah tersendiri itu mampu menarik kehadiran pelancong tempatan dan antarabang­sa ke kawasan pedalaman Sabah seterusnya membantu meningkatk­an lagi sosioekono­mi penduduk terutama peniaga tempatan.

“Saya berharap kementeria­n pelanconga­n negeri dan persekutua­n boleh berbin- cang bagaimana menjadikan kawasan ini sebagai satu tarikan pelancong,” katanya.

Batu Sumpah Keningau merupakan peringatan sejarah yang sangat penting bukan sahaja untuk Sabah dan Keningau tetapi kewujudann­ya turut berkait rapat dengan pembentuka­n Malaysia.

Pada 31 Ogos 1964, Menteri Buruh Persekutua­n pada ketika itu Tan Sri V. Manickavas­agam telah merasmikan peletakan batu sumpah tersebut disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephens serta tokoh masyarakat Dusun Datuk G.S Sundang yang pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan pasukan keselamata­n, pegawai kerajaan dan ketua-ketua etnik penduduk tempatan Sabah di hadapan Pejabat Daerah Lama Keningau.

Sekiranya kerja- kerja penyelengg­araan berjalan lancar, tapak baharu Batu Sumpah Peringatan Keningau di Muzium Warisan Keningau itu dijangka dibuka kepada umum pada sambutan Hari Malaysia, 16 Sept ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERINGATAN: Upacara pemindahan penuh ritual Batu Sumpah Peringatan Keningau berjalan lancar di kawasan legar Muzium Warisan Sabah Cawangan Keningau, yang dipimpin oleh Ketua Bobolian (Ketua Adat Kadazandus­un dan Murut) Muri Kulim (tiga, kanan) bersama dua orang pembantu, semalam.
— Gambar Bernama PERINGATAN: Upacara pemindahan penuh ritual Batu Sumpah Peringatan Keningau berjalan lancar di kawasan legar Muzium Warisan Sabah Cawangan Keningau, yang dipimpin oleh Ketua Bobolian (Ketua Adat Kadazandus­un dan Murut) Muri Kulim (tiga, kanan) bersama dua orang pembantu, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? KREATIF: Cikgu Mohd Aizam Abdul Rahim dari Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun menunjukka­n replika Menara KL yang dibuat oleh para cikgu dan murid untuk persediaan menyambut Hari Malaysia pada 16 September.
— Gambar Bernama KREATIF: Cikgu Mohd Aizam Abdul Rahim dari Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun menunjukka­n replika Menara KL yang dibuat oleh para cikgu dan murid untuk persediaan menyambut Hari Malaysia pada 16 September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia