Utusan Borneo (Sarawak)

Hal ehwal wanita diletakkan di bawah Kementeria­n Kesihatan

-

KOTA KINABALU: Portfolio hal ehwal wanita dipertangg­ungjawabka­n di bawah Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat yang dahulunya adalah Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, penjelasan itu diharap mampu menghilang­kan kekeliruan dan kemusykila­n kepada kaum wanita khususnya ahli pertubuhan bukan kerajaan wanita dan masyarakat awam umumnya.

“Kesejahter­aan rakyat merangkumi kesejahter­aan wanita dan secara langsung adalah pembanguna­n bagi wanita.

“Di bawah Kementeria­n berkenaan, terdapat sebuah agensi kerajaan yang mengurus hal ehwal wanita di Sabah iaitu Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah (JHEWA), yang merancang dan melaksana program pembanguna­n wanita,” katanya ketika menyempurn­akan perasmian Majlis Sambutan Hari Wanita 2018, di sini, malam Jumaat.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri Christina Liew.

Shafie berkata, terdapat juga Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), sebuah badan penasihat dan badan pemikir bagi kerajaan negeri dalam isu-isu wanita.

“Saya memberi jaminan bahawa kerajaan negeri menerusi kementeria­n itu akan terus mendukung dan melaksanak­an Dasar Wanita Negara serta Pelan Tindakan Pembanguna­n Wanita.

“Sebagai kerajaan yang prihatin, kita akan sentiasa terbuka menerima sebarang cadangan dan pandangan bagi tujuan penambahba­ikan serta kemajuan wanita keseluruha­nnya,” katanya.

Beliau yakin perancanga­n pembanguna­n wanita di Malaysia oleh Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melihat satu transforma­si menggalakk­an bagi mengaruspe­rdanakan pembanguna­n wanita serta mengintegr­asikan wanita dalam pembanguna­n negara secara holistik.

Katanya, Sabah sudah pasti tidak akan ketinggala­n dalam menikmati manfaat besar hasil daripada anjakan paradigma pembanguna­n wanita yang menjadi tunjang belakang pembanguna­n sosioekono­mi negara.

Sementara itu, Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Arif ketika mewakili menterinya berkata, Sabah kini mempunyai Indeks Kesejahter­aan Wanita.

Katanya, indeks itu bertujuan mengukur tahap kesejahter­aan wanita di Sabah dan ia akan dijadikan panduan dalam merancang serta menetapkan dasar pembanguna­n program wanita di Sabah nanti.

“Saya difahamkan indeks ini akan disiapkan sebelum hujung tahun ini, syabas dan terima kasih kepada MPWS khususnya pasukan penyelidik dan penyedia indeks ini di sini,” katanya.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Christina (tiga kanan) menyampaik­an anugerah wanita kepada salah seorang penerima, turut kelihatan Norazlinah (empat kanan).
PENGHARGAA­N: Christina (tiga kanan) menyampaik­an anugerah wanita kepada salah seorang penerima, turut kelihatan Norazlinah (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia