Utusan Borneo (Sarawak)

Bas hidrogen Mac 2019

Ia sebagai projek perintis untuk memperting­katkan sistem pengangkut­an awam di Sarawak, kata Abang Johari

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Tiga bas yang menggunaka­n bahan api hidrogen akan digunakan di bandar raya ini, dijangka bermula Mac tahun depan.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, ia sebagai projek perintis untuk memperting­katkan sistem pengangkut­an awam di Sarawak.

Bas hidrogen tersebut akan dibekalkan oleh syarikat pengeluar dari China, Foshan Feichi Automobile Manufactur­e Co. Ltd. dan dikendalik­an bersama Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC).

“Tahniah kepada SEDC dan Foshan Feichi Manufactur­e atas kerjasama dalam usaha menjalanka­n penyelidik­an terhadap guna pakai hidrogen sebagai tenaga untuk kita membangunk­an pengangkut­an awam.

“Ini selari dengan cita-cita Kerajaan Sarawak untuk menyediaka­n pengangkut­an awam menggunaka­n sumber sendiri yang dapat diperbahar­ui iaitu hidrogen,” katanya.

Abang Johari menambah kata, sebagai permulaan perkhidmat­an bas tersebut akan diberikan secara percuma kepada orang awam termasuk pelancong mengelilin­gi bandar raya ini.

Beliau berkata demikian sempena menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara PPES dan Foshan Feichi Automobile bagi pembekalan bas hidrogen kepada Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata Sarawak Energy Berhad (SEB) juga sedang membina stesen pengisian gas hidrogen di Bintawa untuk penggunaan bas hidrogen tersebut.

“Dengan adanya stesen gas hidrogen ini, kita bukan sahaja dapat menghasilk­an gas hidrogen sendiri tetapi juga boleh meneroka pengekspor­tan gas hidrogen pada masa depan.

“Saya yakin kita mampu menjadi pengeluar utama gas hidrogen kerana mempunyai sumber air yang banyak seperti dari Empangan Bakun, Empangan Murum dan Empang Baleh yang akan dibina,” katanya.

Manakala Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain berkata penggunaan sistem pengangkut­an awam bebas pencemaran itu merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang Kerajaan Sarawak untuk memastikan sistem pengangkut­an awam Sarawak beroperasi menggunaka­n tenaga bersih.

Katanya, ia juga sejajar dengan trend semasa di seluruh dunia untuk melindungi alam sekitar.

“Kerajaan Sarawak mempunyai komitmen yang tinggi untuk membangunk­an penggunaan hidrogen sebagai sumber tenaga alternatif kerana ia menyediaka­n tenaga yang bersih, efisien dan murah dalam jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, MoU tersebut ditandatan­gani oleh Pengurus Besar SEDC Soedirman Aini dan Pengurus Besar Foshan Feichi Automobile Jiang Yong.

Tahniah kepada SEDC dan Foshan Feichi Manufactur­e atas kerjasama dalam usaha menjalanka­n penyelidik­an terhadap guna pakai hidrogen sebagai tenaga untuk kita membangunk­an pengangkut­an awam. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? KERJASAMA: Abang Johari (tengah) menyaksika­n Soedirman (dua kanan) dan Jiang (dua kiri) bertukar dokumen MoU. Turut kelihatan Abdul Aziz (kanan).
KERJASAMA: Abang Johari (tengah) menyaksika­n Soedirman (dua kanan) dan Jiang (dua kiri) bertukar dokumen MoU. Turut kelihatan Abdul Aziz (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia