Utusan Borneo (Sarawak)

‘Moonlight Saigon’ kisah cinta Malaysia-Vietnam

-

SESUATU yang pastinya mengujakan bila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menonjolka­n kelainan dalam drama bersiri terbaharu secara gabungan dua negara, Malaysia dan Vietnam bertajuk ‘Moonlight Saigon’ yang disiarkan sejak 3 September lepas, setiap Isnin dan Selasa, jam 11.00 pagi mengisi slot Jade On 2 di TV2.

Menerusi drama Mandarin sebanyak 26 episod ini kedua-dua negara dapat bertukar budaya dan kepakaran serta memperkena­lkan artis masing-masing kerana penggambar­an dilakukan di Malaysia dan Vietnam.

Setiap lokasi ada dua pengarah sebab kita mahu menjaga budaya negara agar tidak lari daripada nilai-nilai peradaban. Pengarah Malaysia yang bertanggun­gjawab mengendali drama ini ialah Mark Tham dan Long dari Vietnam.

Ia menampilka­n pelakon utama dari Malaysia iaitu Jonathan Lee dan Evan Sia manakala dari Vietnam, Kieu Trihn sebagai Vu Yen serta Yu Duong sebagai Tuong Vi.

Drama ini berkisar tentang watak Eric Ho, perunding makanan dan minuman di syarikat OFG Malaysia telah dilantik penyeliany­a, Datin Angela pergi ke Bandar Ho Chi Minh untuk meningkatk­an taraf perkhidmat­an Restaurant Hao Bac.

Restaurant Hao Bac memiliki pelayan wanita terbaik, Vu Yen yang penyeliany­a ialah seorang Vietnam bernama Phong. Phong amat suka terhadap Vu Yen. Vu Yen terdesak memerlukan wang sebagai kos pembedahan untuk ayahnya yang menghidap penyakit sakit jantung.

Setelah tiba di restoran bersama dengan Ly, pengusaha restoran tersebut, berlaku perselisih­an faham antara Eric dengan Vu Yen. Ini disebabkan rasa cemburu rakan sekerja Vu Yen iaitu Minh Nguyet terhadapny­a. Minh Nguyet memfitnah Vu Yen semasa mereka bersama-sama melayani Eric di restoran.

Sementara itu, seorang rakan Eric, Ricky mengabaika­n tanggungja­wabnya untuk menguruska­n restoran keluarga. Ini menyebabka­n ayah beliau jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.

Ricky juga terpaksa menghadapi tekanan daripada ibunya yang mahu menjodohka­nnya dengan Zhen Hua, seorang juru akaun di restoran ayah Ricky. Ricky bersetuju untuk mengambil alih perniagaan ayahnya tetapi dia enggan berkahwin dengan Zhen Hua.

Salah faham antara Eric dan Vu Yen semakin meruncing sehingga membuatkan Vu Yen dipecat. Vu Yen kehilangan pekerjaan dan rungsing memikirkan cara mengumpul duit bagi kos pembedahan ayahnya. Namun Vu Yen diterima semula bekerja atas permintaan Eric.

Berlaku kejadian di mana Eric kehilangan­nya ‘pen drive’ yang mengandung­i maklumat penting perniagaan­nya. Ia telah dijumpai oleh Vu Yen yang enggan memulangka­n barang Eric kerana marahkan lelaki itu.

Minh memberitah­u Vu Yen bahawa Eric yang membantuny­a mendapatka­n kembali pekerjaann­ya. Vu Yen rasa bersalah dan mengembali­kan ‘pen drive’ kepada Eric.

Eric menjemput Vu Yen untuk makan malam bersama bagi mengucapka­n terima kasih kepada Vu Yen. Dalam perjalanan balik ke rumah, Vu Yen dirompak oleh sekumpulan samseng dan Eric menyelamat­kannya. Sejak itu mereka menjalin hubungan akrab hingga menimbulka­n kemarahan Phong.

Zhen Hua masih gagal memenangi hati Ricky tetapi Zhen Hua mendapatka­n kuasa untuk membeli barang dan bahan mentah bagi restoran ayah Ricky.

Eric tertarik dengan Vu Yen dan selalu melawat Vu Yen di restoran. Perhubunga­n baru mereka telah menimbulka­n kecemburua­n Phong. Phong cuba pelbagai cara untuk memikat Vu Yen hingga akhirnya dia nekad melamar Vu Yen sebagai isterinya.

Eric melawat rumah Vu Yen untuk memberi hadiah kepadanya dan terpaksa bermalam di rumah Vu Yen kerana masalah pengangkut­an. Vu Yen berasa risau bahawa perkara ini akan diketahui oleh tuan rumah dan rakannya, Tuong Vi.

Kesihatan ayah Ricky semakin merosot dan Zhen Hua mengambil kesempatan untuk melawat Ricky lebih kerap. Dia juga memasak untuk keluarga Ricky tetapi Zhen Hua masih tidak dapat memenangi hati Ricky.

Sementara itu, Crystal dan suaminya telah membuat sesuatu menyebabka­n saham syarikat OFG menurun dengan ketara. Mereka berniat untuk merebut kuasa sebagai pengerusi daripada Datin Angela. Phong tidak dapat menerima penolakkan Vu Yen terhadap lamarannya. Dia mula ponteng kerja dan menghabisk­an masa dengan mabuk. Pada sesuatu hari, Tuong Vi, kawan baik Vu Yen memberi bantuan kepada Phong dan membawa beliau ke rumahnya untuk berehat. Eric menyedari dia mencintai Vu Yen dan berusaha untuk memenangi hati gadis itu. Eric menjemput Vu Yen ke sebuah restoran Perancis untuk makan malam romantik. Perhubunga­n mereka semakin mesra. Sementara itu, Phong terus berasa sedih dan sentiasa minum arak sehingga mabuk. Phong salah faham menyangka Tuong Vi sukakannya. Namun sebenarnya hanya mahu membantu bukan kerana suka. Sekali lagi Phong kecewa. Pada suatu hari, beliau diserang oleh sekumpulan samseng dalam perjalanan balik ke rumahnya. Nasib baik beliau telah diselamatk­an oleh Eric yang melalui tempat itu.

Tiba-tiba, Tuong Vi balik ke kampungnya tanpa meninggalk­an pesanan kepada Vu Yen. Vu Yen bimbangkan Tuong Vi lalu melawatnya di kampung. Eric juga mengambil keputusan untuk melawat Vu Yen di kampungnya setelah mengetahui Vu Yen balik ke kampung secara tiba-tiba.

Paparan di Malaysia menunjukka­n Zhen Hua berasa sedih dan bimbang terhadap Ricky kerana Zhen Hua mensyaki bahawa Ricky mempunyai teman wanita Vietnam setelah beliau mendapati Ricky belajar bahasa Vietnam secara rahsia.

Rupa-rupanya, Ricky belajar bahasa Vietnam adalah untuk mengembang­kan perniagaan mereka ke Vietnam. Eric dirompak dalam perjalanan melawati Vu Yen. Nasib baik muncul suami isteri warga Vietnam menyelamat­kannya. Vu Yen tetap pulang ke bandar Ho Chih Minh walaupun beliau tidak dapat berjumpa dengan Tuong Vi. Lalu apakah yang terjadi seterusnya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BARISAN PELAKON: Gambar fail yang bertarikh 31 Julai 2018 menunjukka­n para pelakon siri televisyen ‘Moonlight Saigon’ bersama Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Fauzi Ayob (enam, kiri) pada majlis menandatan­gani perjanjian SRAM & MRAM technologi­es and Resources Ltd dan Produksi Seni 2020 Sdn Bhd dan Pelancaran siri televisyen tersebut di Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Turut hadir, Pengarah Eksekutif Produksi Seni 2020 Sdn Bhd, Datin Wendy Wong (lima, kiri) dan Datuk Nancie Foo (tujuh kanan).
— Gambar Bernama BARISAN PELAKON: Gambar fail yang bertarikh 31 Julai 2018 menunjukka­n para pelakon siri televisyen ‘Moonlight Saigon’ bersama Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Fauzi Ayob (enam, kiri) pada majlis menandatan­gani perjanjian SRAM & MRAM technologi­es and Resources Ltd dan Produksi Seni 2020 Sdn Bhd dan Pelancaran siri televisyen tersebut di Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Turut hadir, Pengarah Eksekutif Produksi Seni 2020 Sdn Bhd, Datin Wendy Wong (lima, kiri) dan Datuk Nancie Foo (tujuh kanan).
 ??  ?? JONATHAN LEE
JONATHAN LEE
 ??  ?? SERASI:Watak utama dalam ‘Moonlight Saigon’.
SERASI:Watak utama dalam ‘Moonlight Saigon’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia