Utusan Borneo (Sarawak)

MAUT DIHEMPAP POKOK

Remaja dihempap pokok di air terjun Jangkar, Lundu semalam.

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Musim cuti sekolah bertukar tragedi hitam buat seorang bapa apabila anaknya maut dihempap pokok di air terjun Jangkar, Lundu dekat sini tengah hari semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGOB) Sarawak, mangsa berusia 16 tahun dari Lundu dikatakan menemani bapanya yang bekerja sebagai jurupandu arah ke tempat popular untuk aktiviti riadah tersebut.

Jurucakap POGB Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan sekitar jam 12.30 tengah hari semalam berhubung kejadian tersebut.

Katanya, operasi mengeluark­an mangsa dari tempat kejadian diketuai PBK Pathi Samsudin bersama tujuh anggota dan dua anggota polis.

"Semasa kejadian mangsa dikatakan sedang duduk seorang diri di atas batu, tiba-tiba tanah yang berada di belakangny­a runtuh menyebabka­n pokok yang berada di atas bukit tersebut tumbang dan menghempap­nya," kata jurucakap PGOB Sarawak dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, orang awam yang berada di tempat kejadian berusaha membantu mengalihka­n pokok tersebut dan mengeluark­an mangsa sebelum kehadiran pasukan bomba.

"Pada masa yang sama salah sorang pengunjung tempat tersebut yang juga seorang doktor sempat melakukan pemeriksaa­n awal ke atas mangsa namun mangsa tidak dapat diselamatk­an akibat kecederaan dalaman yang teruk," dedahnya.

Katanya lagi doktor berkenaan juga mengesahka­n mangsa meninggal di tempat kejadian.

"Pasukan bomba membawa mangsa keluar dari kawasan tersebut dan menyerahka­n mangsa kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya," ujarnya.

Operasi mengeluark­an mangsa di tempat kejadian ditamatkan pada jam 5.10 petang semalam.

Sehingga berita ini ditulis, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

 ??  ?? USUNG: Pasukan bomba berusaha membawa mangsa keluar dari tempat kejadian.
USUNG: Pasukan bomba berusaha membawa mangsa keluar dari tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia