Utusan Borneo (Sarawak)

Objek disangka kayu balak rupa-rupanya buaya

Buaya ditemui di pantai Batu Satu Kuala Baram mungkin sakit atau ke muara sungai untuk mengawan

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Buaya yang ditemui orang awam di pesisir pantai Batu Satu Kuala Baram petang Ahad lalu kemungkina­n sakit atau dalam pergerakan menuju muara sungai untuk proses mengawan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pencinta Alam (MNS) Cawangan Miri Musa Musbah berkata, semasa penemuan kira- kira jam 4.30 petang Ahad lalu, air laut sedang surut.

“Biasanya buaya liar akan terus masuk ke laut apabila ada gangguan.

“Saya percaya buaya ini sakit atau biasa dengan kehadiran manusia menyebabka­n ia tidak terus masuk ke laut,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam

“Dipercayai, setiap awal bulan buaya jantan akan keluar ke sungai-sungai lain untuk mencari buaya betina.

“Buaya yang ditemui semalam mungkin salah seekor buaya tersebut,” tambahnya.

Sementara itu, Sarawak Foresty Corporatio­n (SFC) pagi semalam turut meninjau kawasan buaya tersebut dilihat namun enggan memberikan sebarang komen.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, pengunjung pantai Batu Satu Kuala Baram gempar selepas objek yang pada mulanya disangka kayu balak ruparupany­a buaya.

Dianggarka­n buaya spesies air masin itu sepanjang 10 kaki dan berat 200 kilogram.

Sementara itu, nelayan tempatan Dollah Putit memberitah­u, penemuan buaya itu mencetuska­n kebimbanga­n orang awam khususnya pen- duduk berhampira­n.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya termasuk meletakkan papan tanda sebagai amaran kewujudan buaya di kawasan itu,” katanya.

Biasanya buaya liar akan terus masuk ke laut apabila ada gangguan. Musa Musbah Timbalan Pengerusi MNS Cawangan Miri

 ??  ?? BUKAN BALAK: Penemuan buaya yang menggempar­kan pengunjung di pantai Batu Satu, Kuala Baram petang kelmarin.
BUKAN BALAK: Penemuan buaya yang menggempar­kan pengunjung di pantai Batu Satu, Kuala Baram petang kelmarin.
 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia