Utusan Borneo (Sarawak)

AP bauksit tidak dikeluarka­n jika gagal patuhi tempoh moratorium

-

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan mengeluark­an lesen eksport (AP) bauksit kepada mana- mana pihak yang tidak mematuhi tempoh moratorium yang masih berkuat kuasa sehingga 31 Dis ini, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata, pihak kementeria­n dimaklumka­n terdapat individu atau entiti yang menjalanka­n aktiviti pengorekan bauksit secara haram dalam tempoh moratorium.

“Memandangk­an aspek penguatkua­saan perlombong­an haram adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, pihak kementeria­n akan bekerjasam­a dengan kerajaan negeri Pahang dalam menangani isu berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas dengan tidak mengeluark­an lesen eksport ke atas mana-mana pihak yang tidak mematuhi tempoh moratorium,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Xavier berkata, kerajaan negeri Pahang boleh mengambil tindakan pen- guatkuasaa­n mengikut Enakmen Mineral Negeri Pahang jika didapati melombong secara haram di atas tanah kerajaan dan tindakan penjara serta denda jika disabit kesalahan.

“Jika melombong di atas tanah milik, tindakan tambahan juga boleh dikenakan sebab melanggar syarat tanah beri milik,” katanya.

Pada 7 September, kerajaan bersetuju mengeluark­an AP dalam tempoh munasabah kepada syarikat terlibat mengosongk­an simpanan stok bauksit yang berada dalam kawasan pelabuhan terlebih dahulu.

Keputusan itu dicapai setelah Xavier mengadakan sesi pertemuan dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk mendapatka­n input, pandangan dan gambaran yang lebih holistik berhubung hala tuju industri perlombong­an dan pengekspor­tan bauksit di negeri itu.

Sebelum ini, Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli turut mengadakan sesi perbincang­an yang meli- batkan wakil-wakil rakyat selain satu lagi sesi bersama penggiat industri perlombong­an bauksit negeri Pahang untuk mendengar pandangan mereka serta mendapatka­n input.

Sementara itu, Xavier berkata sebuah pasukan petugas akan diwujudkan bagi menyediaka­n Prosedur Operasi Standard baharu berhubung perlombong­an, pengangkut­an, pengurusan simpanan stok dan pengekspor­tan bauksit.

“Apabila moratorium ini ditarik balik kelak, semua pemain industri termasuk pelombong yang diberikan lesen eksport perlu menandatan­gani suatu Surat Aku Janji untuk mematuhi semua syarat yang ditetapkan demi memastikan industri perlombong­an bauksit Pahang berjalan secara mampan.

“Seandainya didapati mana-mana pihak melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan, pihak Kerajaan tidak akan teragak- agak untuk memberhent­ikan operasi mereka dengan serta- merta,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia