Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak timbang kerjasama dengan Singapura

Kerjasama bidang pendidikan, penyelidik­an sains dicadang Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan Sarawak menimbang kerjasama dengan Singapura dalam bidang pendidikan dan penyelidik­an sains.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerjasama ini dicadangka­n sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean ketika lawatan ke Sarawak baru-baru ini.

Menurut Abang Johari, beliau dimaklumka­n oleh Teo bahawa terdapat ramai rakyat Sarawak yang berbakat bekerja dan berjaya di Singapura.

Justeru, Teo mencadangk­an kerjasama antara Singapura dan Sarawak dalam bidang seperti pendidikan dan penyelidik­an sains.

“Sarawak bukan sahaja kaya dengan sumber asli tetapi juga mempunyai ramai individu yang berbakat dalam pelbagai bidang.

“Singapura pula mempunyai ramai individu berbakat tetapi sumber aslinya terhad.

Sarawak bukan sahaja kaya dengan sumber asli tetapi juga mempunyai ramai individu yang berbakat dalam pelbagai bidang. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

“Jika kita dapat gabungkan kekayaan sumber asli kita dengan bakat-bakat Singapura, saya yakin ekonomi Sarawak berada di laluan yang tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jamuan Malam Gala Yayasan John Jinep dan pelancaran buku Pandelela Rinong dan Dewi Liana Seriestha di salah sebuah hotel di sini kelmarin.

Pada majlis tersebut, Abang Johari turut berterima kasih kepada ahli lembaga Yayasan John Jinep yang telah banyak membantu Kerajaan Sarawak dalam pembanguna­n pendidikan di negeri ini.

Katanya, Yayasan John Jinep merupakan satu-satunya yayasan yang ditubuhkan atas inisiatif komuniti sendiri yang dipelopori oleh keluarga John Jinep sendiri dari Singai, Bau.

“Yayasan John Jinep telah banyak menyumbang kepada pembanguna­n pendidikan anak-anak di negeri ini dan kita di pihak Kerajaan Sarawak akan menyokong penuh usaha Yayasan John Jinep ini,” katanya.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep serta yang lain.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? KEBANGGAAN SARAWAK: Abang Johari melancarka­n buku Pandelela Rinong dan Dewi Liana Seriestha sempena Jamuan Malam Gala Yayasan John Jinep di Kuching kelmarin.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi KEBANGGAAN SARAWAK: Abang Johari melancarka­n buku Pandelela Rinong dan Dewi Liana Seriestha sempena Jamuan Malam Gala Yayasan John Jinep di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia