Utusan Borneo (Sarawak)

Buku Pandelela, Dewi diharap beri inspirasi kepada golongan muda

-

KUCHING: Pelancaran buku mengenai dua ikon dunia Sarawak, Pandelela Rinong dan Dewi Liana Seriestha diharap dapat memberi inspirasi khususnya kepada golongan muda di negeri ini.

Pandelela merupakan penerjun negara atlet wanita pertama negara yang memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik bagi acara terjun.

Manakala Dewi merupakan Ratu Cantik Dunia Malaysia dan peserta pertama dari Malaysia yang memenangi kategori Ratu Bakat Dunia pada pertanding­an berprestij di London pada 2014.

Pandelela yang ditemui pada pelancaran buku tersebut berkongsi keterujaan­nya mengenai buku biografi tersebut yang pertama diterbitka­n mengenai dirinya.

Penerjun negara yang berasal dari Kampung Jugan, Bau ini berkata buku berkenaan adalah mengenai usaha serta kepayahann­ya untuk berjaya dalam sukan terjun.

“Secara peribadi saya bersyukur atas terbitan buku mengenai biografi saya ini dan saya harap ia dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana,” katanya.

Ditanya mengenai perancanga­n terdekatny­a, penerjun berusia 25 tahun ini berkata beliau akan fokus kembali kepada latihan selepas bergelut dengan kecederaan pada Sukan Asia yang baharu sahaja berakhir.

Pandelela dijadual akan menyertai Kejohanan Dunia di China, Rusia dan England pada 2019 ini dan kelayakan Olimpik di Tokyo 2020.

Sementara itu, Dewi yang giat aktif dalam bidang nyanyian dan peragaan turut berharap buku ini akan memberi inspirasi untuk ramai lagi golongan muda mencapai citacita mereka.

“Buku ini banyak memaparkan perjalanan hidup dan kerjaya saya dengan gambar- gambar bermula daripada penglibata­n awal saya dalam bidang seni.

“Buku ini adalah satu lagi pencapaian dalam kerjaya saya sebagai anak seni dan saya berharap ia akan dapat membantu saya ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Dewi dalam pada itu bakal mengeluark­an album bahasa Inggeris pada Oktober atau November ini untuk menembusi pasaran antarabang­sa.

Dalam pada itu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berbangga melancarka­n kedua-dua buku tersebut.

Pandelela dan Dewi katanya, membuktika­n anak Sarawak bukan sekadar jaguh kampung tetapi jaguh dunia dalam bidang sukan dan seni.

 ??  ?? DEWI
DEWI
 ??  ?? PANDELELA
PANDELELA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia