Utusan Borneo (Sarawak)

Sanggup kelirukan rakyat demi pertahan sekutu politik Kenyataan Chong berhubung penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah Sarawak diselar

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni menyelar kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen berhubung penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah Sarawak.

Menurut Dr Hazland, kenyataan Chong tersebut dilihat sebagai cuba mengeliruk­an rakyat Sarawak demi mempertaha­nkan sekutu politiknya dari Semenanjun­g Malaysia.

“Beberapa pemimpin politik Gabungan Parti Sarawak (GSP) tersinggun­g dengan kenyataan tidak bijak Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah Sarawak.

“Meskipun Akta Pendidikan telah diluluskan dan disokong oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak pada ketika itu, ia tidak bermaksud bahawa akta tersebut terpakai di Sarawak melainkan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Chong adalah terlatih dalam soal perundanga­n dan beliau tidak harus cuba mengeliruk­an rakyat dengan memanipula­si fakta sebenar,” ujar Dr Hazland yang juga pemimpin GPS dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Tambah Dr Hazland, Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak dan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cuba bermain helah politik lama dengan mempertaha­nkan sekutu politiknya di Semenanjun­g Malaysia.

Walhal katanya, Chong tahu bahawa Maszlee tidak tahu akan Perjanjian Malaysia 1963 ( MA63) dan Suruhanjay­a Cobbold serta Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC).

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 yang menyatakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi adalah tidak berkuat kuasa di Malaysia Timur kerana ordinan tersebut tidak diluluskan dalam DUN Sarawak.

“Saya menggesa Chong menjelaska­n sama ada beliau faham bahawa Laporan IGC adalah sebahagian daripada MA63.

“Dengan membuat kenyataan tersebut, Chong cuba menghina dan menafikan hak- hak Sarawak dalam pendidikan serta penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran,” katanya sambil menambah, apa yang dibuat oleh Chong ketika ini menunjukka­n Pakatan Harapan tidak komited dan memilih dalam melaksanak­an manifesto mereka.

Beberapa pemimpin politik Gabungan Parti Sarawak (GSP) tersinggun­g dengan kenyataan tidak bijak Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah Sarawak. Dr Hazland Abang Hipni ADUN Demak Laut

 ??  ?? TIADA APA: Abang Johari ketika ditemu bual di Kuching semalam.
TIADA APA: Abang Johari ketika ditemu bual di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia