Utusan Borneo (Sarawak)

PH diminta perjelas polisi di Sarawak sebelum PRN akan datang

-

KUCHING: Pertemuan antara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud baru-baru membangkit­kan kebimbanga­n dalam kalangan sebahagian rakyat Sarawak.

Atas sebab itu, Solidariti Anak Sarawak dan Sarawak for Sarawakias ( S4S) meminta Pakatan Harapan (PH) menjelaska­n polisi mereka di negeri ini sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) seterusnya.

Jurucakap bagi Solidariti Anak Sarawak dan S4S Peter John Jaban berkata PH sebagai gabungan parti dari Semenanjun­g Malaysia tidak akan begitu mudah untuk menembusi negeri dengan tuntutan hak-hak Sarawak sebagai isu utama pada PRN akan datang.

Pakatan menurut Peter, berhadapan dengan sebuah gabungan parti tempatan iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memperjuan­gkan autonomi negeri ini di bawah Perjanjian Malaysia 1963 ( MA63) bagi memenangi undi rakyat.

Justeru katanya, untuk menembusi Sarawak, PH perlu menawarkan rakyat negeri ini satu alternatif yang lebih bermakna demi masa depan lebih baik.

“Seluruh rakyat Sarawak menyedari akan kesan rasuah dalam negeri mereka dan di peringkat persekutua­n.

“Sebab itu PH dapat memenangi begitu banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) termasuk di kawasan luar bandar kerana janji mereka untuk kerajaan yang bersih.

“Bagaimanap­un gambar pertemuan antara Anwar dan Tun Taib baru-baru ini membangkit­kan kegusaran sebahagian rakyat negeri ini tentang impian Sarawak baharu mereka,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Tambah Peter, hasil minyak akan menjadi isu penting pada PRN akan datang dan GPS telah mempersiap­kan langkah mereka dalam hal ini.

Tetapi melihat Anwar berdiri di sebelah Tun Taib meletakkan PH pada kedudukan yang sangat sukar, ujarnya.

“Kegagalan PH menegakkan manifesto mereka dari segi bayaran 20 peratus royalti minyak kepada Sarawak dituntut sebelum Sarawak dapat dipercayai dengan begitu banyak pendapatan.

“Namun sekarang kita melihat pemimpin PKR berdiri di sebelah Tun Taib sendiri dengan ketelusan sifar daripada kedua-dua belah pihak dan rakyat Sarawak hanya dapat membuat spekulasi mengenai tawaran oleh mereka,” kata Peter.

Malaysia telah menunjukka­n kuasa peti undi dan rakyat Sarawak berhadapan dengan keputusan yang sukar untuk memilih pihak mana yang dapat menyediaka­n mereka dengan masa depan yang lebih baik.

Pakatan Harapan perlu menjelaska­n kepada rakyat Sarawak secara terbuka akan tawaran mereka dan hanya selepas itu rakyat dapat memilih apa yang terbaik untuk kepentinga­n mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia