Utusan Borneo (Sarawak)

Iklan ‘Hari Kebangsaan 2018: See Malaysia Anew’ dilancar dan ditayang

-

KUCHING: Sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, PETRONAS tampil dengan sebuah iklan mengenai ‘Hari Kebangsaan 2018: See Malaysia Anew’ yang dilancar dan ditayangka­n pada 15 Ogos.

Berbeza dengan iklan sebelum ini, kali ini PETRONAS menampilka­n kelainan kepada para penonton terutama rakyat Malaysia mengenai erti Hari Kebangsaan menerusi gambar- gambar mengenai kegiatan-kegiatan di sekitar negara.

Untuk melihat Malaysia semula, 10 kanak- kanak berusia dari lima hingga 12 tahun mengembara bersama sepasukan pembuat filem dan kanak-kanak ini menjadi jurugambar sebagai pencerita mereka.

Setiap kandungan berakhir dengan satu permintaan mudah untuk menghargai, berkongsi dan menegakkan nilai-nilai ini sebagai tanggungja­wab dan sumbangan kita kepada generasi baharu yang akan mewarisi negara yang dirahmati ini.

Antara kawasan yang dikunjungi 10 kanak-kanak terbabit untuk iklan ini termasuk Kuching, Kemaman, Lembah Klang, Cherating dan Bentong.

Dalam satu sesi penggambar­an pada awal bulan Ogos di Kuching, empat daripada 10 kanak-kanak ini diberi kamera digital dan dibawa menerokai pelbagai tempat di bandar raya ini dan mengambil gambar yang mereka rasa paling baik di sini.

Seperti apa yang cenderung dilakukan oleh kanak-kanak, mereka melakukan ini dengan cara yang segar, bebas daripada keraguan atau penilaian orang dewasa.

Gambar- gambar yang dirakam ini mempunyai maksud tersendiri pada kanakkanak tersebut mengikut tema Harapan, Kasih Sayang, Wira dan Keluarga yang menjadi teras kepada Malaysia baharu.

“Gambar kegemaran saya ialah gambar keluarga yang menunjukka­n kasih sayang seorang nenek kepada cucucucuny­a selepas menjamu selera,” kata Rose, 9, dari Kuala Lumpur ketika ditemui selepas sesi penggambar­an mereka.

Memandangk­an ini adalah kali pertama dia melawat Kuching, perspektif Rose jelas kelihatan dalam gambargamb­ar Tebingan Kuching yang dia ambil dan menunjukka­n kehidupan pen- duduk tempatan dan kegiatan mereka.

“Saya mula mengambil gambar ketika saya berusia kira-kira empat tahun. Saya mendapati fotografi menyeronok­kan kerana ia memberi peluang kepada saya untuk meneroka banyak tempat,” kata Rose.

Ditanya mengenai makna Hari Kebangsaan 31 Ogos, Rose berkata ia adalah mengenai kegembiraa­n dan beliau mahu negara ini penuh dengan kegembiraa­n dan keceriaan.

Sementara itu, seorang lagi kanak- kanak yang terlibat dalam penggambar­an ini, Elizaverth Tinny, 9, dari Sibu, lebih banyak mengambil gambar bunga dan makhluk hidup.

Antara gambar rakamannya yang paling disukainya ialah seekor ayam belanda yang disimpan dalam sangkar.

“Gambar ini adalah yang paling saya suka dalam banyak-banyak gambar yang saya ambil,” kata Elizaverth yang agak pendiam.

Setiap gambar yang diambil Elizaverth mempunyai kisah tersendiri yang cuba dikongsika­n kepada seluruh rakyat Malaysia.

Turut bercakap mengenai pengalaman mereka di Kuching adalah Myra dari Sabah dan Hakimi dari Kuala Lumpur, kedua-duanya berusia 12 tahun.

Kedua-duanya turut menjelaska­n minat mereka yang mendalami kepada fotografi serta latar belakang dan motif di sebalik gambar mereka.

“Saya amat menyukai gambar di mana seorang nenek menyuap cucu lelakinya. Ia menunjukka­n hubungan dan kasih sayang mereka kepada satu sama lain,” kata Myra.

Manakala Hakimi yang mempunyai pengalaman dalam penggambar­an seperti ini tidak berhadapan dengan kesukaran untuk menjayakan iklan ini.

Hakimi turut gembira kerana berpeluang terlibat dalam penggambar­an ini dan berkongsi mengenai Malaysia dari kaca matanya.

Sementara itu, PETRONAS mempunyai sejarah membuat iklan- iklan perayaan dan Hari Kebangsaan yang lama dengan mesej tertentu.

Setiap tahun, PETRONAS cuba membuat kelainan dalam karya mereka untuk menarik rakyat Malaysia agar samasama berusaha ke arah yang lebih baik.

Pada tahun ini, mereka menukar pendekatan dan meminta rakyat Malaysia membahagik­an cerita dan perspektif mereka menerusi kaca mata kanak-kanak Malaysia.

Kemurnian dan kesucian perspektif mereka merupakan kuasa yang dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia lain untuk mewujudkan rasa gembira sebagai sebahagian daripada Malaysia baharu.

Ia adalah dorongan untuk menggerakk­an semula dan menarik perhatian kepada perkara-perkara baik yang bersifat Malaysia dan mengingatk­an semua orang bahawa kita sentiasa dapat membuat pilihan untuk meraikan, memelihara dan menyebar kegembiraa­n ini.

 ??  ?? SAYANG: Gambar yang dirakam Rose menunjukka­n hubungan kekeluarga­an yang jitu.
SAYANG: Gambar yang dirakam Rose menunjukka­n hubungan kekeluarga­an yang jitu.
 ??  ?? TERUJA: (Dari kiri) Myra, Elizaverth, Rose dan Hakimi menunjukka­n gambar yang dirakam mereka ketika sesi penggambar­an di sekitar Kuching baru-baru ini.
TERUJA: (Dari kiri) Myra, Elizaverth, Rose dan Hakimi menunjukka­n gambar yang dirakam mereka ketika sesi penggambar­an di sekitar Kuching baru-baru ini.
 ??  ?? SUAP: Kasih sayang antara seorang cucu dan nenek jelas terpancar dalam gambar yang dirakamkan oleh Myra.
SUAP: Kasih sayang antara seorang cucu dan nenek jelas terpancar dalam gambar yang dirakamkan oleh Myra.
 ??  ?? PAK TAMBANG: Gambar yang dirakamkan oleh Hakimi yang membawa maksud sebuah harapan.
PAK TAMBANG: Gambar yang dirakamkan oleh Hakimi yang membawa maksud sebuah harapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia