Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga ciri pada pemimpin, ahli kekal kecemerlan­gan persatuan

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak Datuk Francis Harden Hollis menyifatka­n semangat bekerjasam­a, kerajinan dan kejujuran para pemimpin serta ahli persatuan adalah ciri-ciri penting untuk mengekalka­n kecemerlan­gan sesebuah persatuan.

Menurut beliau, ciriciri terbabit perlu ada bagi memastikan setiap persatuan mampu bergerak aktif dan membawa maanfaat kepada masyarakat.

“Jika pemimpin dan ahli persatuan tidak bekerjasam­a atau sering bertelagah, tidak mungkin persatuan itu dapat mencapai kecemerlan­gan.

“Justeru, kita menyeru setiap pihak yang menjadi nadi penggerak sesebuah persatuan agar mengutamak­an semangat bekerjasam­a, rajin dan jujur dalam melaksanak­an tugas yang diamanahka­n,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih sempena sambutan All Souls’ Day 2018 (penyerahan barang keperluan dapur kepada orang kurang berkemampu­an) anjuran Pertubuhan Meninggika­n Akhlak Che Chuan Khor Sri Aman di bangunan persatuan berkenaan di Jalan Sabu, di sini semalam.

Menurutnya, melalui aktiviti yang diadakan, ahli persatuan secara tidak langsung dapat beramah mesra, bertukar pendapat serta membincang­kan agenda baharu persatuan.

“Kerjasama semua pihak terutama ketika menganjurk­an aktiviti atau program adalah amat penting bagi memastikan matlamatny­a tercapai,” kata Harden sambil menambah, tugas akan men- jadi lebih mudah jika hubungan erat terjalin di antara ahli persatuan.

Sementara itu, Harden menyeru ibu bapa menitikber­atkan pendidikan anakanak kerana hanya pendidikan yang mampu mengubah corak hidup masyarakat.

“Jika anak-anak mendapat pendidikan sempurna, ia bukan sekadar membawa kesenangan kepada mereka pada kemudian hari, malah turut mampu meningkatk­an taraf kehidupan keluarga,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan pengerusi persatuan berkenaan Temenggung Kuek Aik Seng, Pemanca Lee Siang Hua, Penghulu Tiong Choon Onn serta ketua-ketua masyarakat setempat yang lain.

Pada majlis berkenaan, seramai 210 orang kurang berkemampu­an dari sekitar Sri Aman menerima sumbangan berkenaan.

 ??  ?? UNTUK YANG MEMERLUKAN: Harden (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima manakala Kuek (empat kanan) turut menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an Lee (tiga kiri), Tiong (dua kiri) serta yang lain pada majlis berkenaan semalam.
UNTUK YANG MEMERLUKAN: Harden (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima manakala Kuek (empat kanan) turut menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an Lee (tiga kiri), Tiong (dua kiri) serta yang lain pada majlis berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia