Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah Asap Sibu Jaya menarik dijadikan tarikan pelancong

-

SIBU: Kewujudan persekitar­an Rumah Asap (gerai barbeku) Sibu Jaya yang luas serta bersih sambil menawarkan pelbagai jenis makanan barbeku dapat menjadi contoh kepada Rumah Asap lain di Sarawak selain daripada menjadi tarikan pelancong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat berkata, makanan barbeku turut mempunyai penggemar tersendiri dan sangat unik sekiranya didirikan dalam keadaan setempat yang dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung.

“Ini berupaya menarik ramai penggemar makanan barbeku sekali gus dijadikan sebagai produk pelanconga­n di Sibu Jaya

“Komitmen Majlis Daerah Luar Bandar (MDLBS) yang menyediaka­n tempat yang sesuai serta kondusif kepada peniaganya turut membolehka­n penggemar makanan barbeku mempunyai pelbagai pilihan sekali gus mempunyai tempat yang selesa,” katanya ketika berucap menyempurn­akan perasmian Rumah Asap Sibu Jaya di sini, barubaru ini.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Daniel Bujal, Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai, Timbalan Pengerusi MDLBS Sibu Robert Lau Hui Yew, Setiausaha MDLBS Justani Joni, pengerusi pengelola Kaunselor Jeffrey Nuing dan Pengerusi Peniaga Rumah Asap Sibu Jaya Welson Maling Bayang.

Seramai 10 peniaga di Rumah Asap Sibu Jaya telah disediakan kanopi serta kemudahan lain oleh MDLBS demi keselesaan mereka dan pengunjung.

Jamit berkata keadaan Rumah Asap Sibu Jaya yang sudah berwajah baharu ketika ini akan menarik lebih ramai pengunjung kelak.

“Ini boleh menjadi daya tarikan untuk peminat makanan barbeku bukan sahaja dari Sibu Jaya tetapi juga dari bandar Sibu, Kanowit, Julau dan tempat-tempat lain.

“Selain itu, Rumah Asap Sibu Jaya boleh menjadi daya tarikan pelancong terutama dalam produk pelanconga­n makanan,” jelasnya.

Beliau turut memuji MDLBS atas usaha memberi peluang kepada rakyat menambah pendapatan daripada perniagaan barbeku itu.

“Rumah Asap ini boleh menjadi pendapatan yang baik bagi mereka untuk mengekalka­n keperluan harian dan menyokong keluarga mereka ekoran cabaran dalam ekonomi global ketika ini,” tegasnya.

Terdahulu, Sempurai dalam ucapannya menggesa para peniaga Rumah Asap Sibu Jaya menjadikan kemudahan yang disediakan MDLBS untuk meningkatk­an daya saing perniagaan makanan barbeku mereka.

Beliau menegaskan hanya mereka yang komited akan memperoleh­i hasil kejayaanny­a.

“Oleh itu, dengan makanan yang baik dan persekitar­an yang bersih, mereka dapat menarik pelanggan untuk datang ke gerai mereka.

“Memastikan kebersihan dalam pengendali­an makanan serta penyediaan­nya adalah perkara paling penting dalam mematuhi garis panduan MDLBS,” tegasnya.

 ??  ?? TETAMU KENAMAAN: Jamit (barisan depan, dua kanan), Sempurai (barisan depan, kanan) serta yang lain pada perasmian Rumah Asap Sibu Jaya, baru-baru ini.
TETAMU KENAMAAN: Jamit (barisan depan, dua kanan), Sempurai (barisan depan, kanan) serta yang lain pada perasmian Rumah Asap Sibu Jaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia