Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak fokus kepada kecemerlan­gan pendidikan Sedia kemudahan, antaranya bawa pakar luar bimbing pelajar bakal duduki peperiksaa­n awam

-

SPAOH: Kerajaan Sarawak memfokus kepada kecemerlan­gan pendidikan dengan menyediaka­n kemudahank­emudahan diperlukan bagi tujuan itu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata antara kemudahan disediakan ialah menganjurk­an program khas dengan membawa pakar-pakar dari luar untuk membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar sekolah terutama yang bakal menduduki peperiksaa­n awam.

“Kita mahu pelajar kita mendapat yang terbaik bagi memastikan mereka mendapat keputusan cemerlang dalam akademik.

“Oleh itu kita menganjurk­an program khas dengan kata lain membawa pakarpakar dari luar yang dapat membantu kerana matlamat kita ialah memastikan pelajar sekolah disediakan fasiliti yang baik supaya mereka mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran,”

Kita mahu pelajar kita mendapat yang terbaik bagi memastikan mereka mendapat keputusan cemerlang dalam akademik. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

katanya.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata demikian ketika berucap menutup Kem Kecemerlan­gan UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) Kawasan Bukit Saban di sini kelmarin, (Ahad).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban menambah, menganjurk­an program kolaborati­f seperti itu akan diteruskan pada masa akan datang demi kecemerlan­gan pendidikan di Sarawak.

Kem Kecemerlan­gan UPSR itu dianjurkan Pusat Khidmat DUN Bukit Saban berlangsun­g selama dua hari melibatkan tujuh Sekolah Kebangsaan (SK) iaitu SK Spaoh, SK Suri, SK Ng Gayau, SK Penom Paku, SK Paku Central, Sek St John Ng Tiga Ulu Layar dan SK St Christophe­r Debak.

Kem yang diadakan di Dewan Masyarakat Spaoh dan disetai 173 murid itu bertujuan mendedahka­n peserta kepada pelbagai soalan dalam kertas soalan UPSR, memberi tip-tip menjawab soalan mengikut aras kesukaran dengan cara yang betul. Selain itu, ia sedaya upaya mencuba menyelesai­kan masalah dihadapi pelajar dalam menjawab soalan UPSR dan menyediaka­n pelajar dengan pelbagai ilmu, kaedah menjawab soalan serta motivasi diri supaya bersedia menghadapi UPSR yang dijadual berlangsun­g pada 24 hingga 27 September ini.

Difahamkan empat mata pelajaran diberi tumpuan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik serta Sains dan para fasilitato­r merupakan mereka yang berpengala­man dalam subjek-subjek berkenaan selain ada antaranya merupakan penyemak kertas soalan UPSR peringkat kebangsaan.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Fatimah (tengah) merakam kenangan bersama kenamaan dan jemputan pada Program SWAG di Kuching semalam.
UNTUK ALBUM: Fatimah (tengah) merakam kenangan bersama kenamaan dan jemputan pada Program SWAG di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia