Utusan Borneo (Sarawak)

Lima lagi AMK di Sarawak nyatakan sokongan terhadap Najwan

-

KUCHING: Lima lagi cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Sarawak menyatakan sokongan padu terhadap calon ketua pergerakan itu, Najwan Halimi.

Sokongan itu disuarakan AMK Baram menerusi calon ketuanya Elia Bit, Ketua AMK Lawas Muhd Zahid Matserudin, Ketua AMK Lanang Roger Lau Hiu Siang, calon ketua AMK Julau Kevin Jampang Ranggak dan Ketua AMK Kapit Alfred Yeo.

“Visi yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi untuk melihat AMK Malaysia lebih inklusif, bebas daripada cengkaman kabilah tertentu dan bersatu padu adalah selari dengan amanat yang disampaika­n Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching baru-baru ini.

“Kami tidak mahu ketua AMK yang hanya menjadi ‘pak turut’ dan tiada pendirian sendiri akibat keterikata­n kepada kabilah dan kem dalam parti,” kata mereka menerusi satu kenyataan media bersama pada Ahad lepas.

Pada Sabtu lepas, Ketua AMK Santubong Haziq Abdul Aziz menyatakan sokongan kepada Najwan.

Kenyataan bersama lima AMK itu turut menegaskan bahawa Pergerakan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu lebih inklusif dan kuat dari segi persiapan jentera dan disiplin ahli dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak kelak.

“Kelemahan AMK Sarawak sebelum ini harus diatasi dan diperbaiki.

“Kami yakin idea yang dibawa oleh Najwan akan menguatkan perpaduan dan organisasi AMK di seluruh negara termasuk AMK Sarawak,” ujarnya.

Najwan baru- baru ini berkata tidak mahu melihat PKR hancur suatu hari kelak apabila ahli mudanya pada awal lagi sudah berpuak-puak dalam parti.

Justeru, beliau menawarkan diri sebagai ketua AMK demi memperbetu­lkan keadaan sekarang yang turut menjadi punca kelemahan pergerakan tersebut.

“Apa yang mustahak ialah saya menyatukan AMK kerana sebelum ini AMK dilihat kurang aktif dan keberadaan­nya tidak dirasai dan terlalu banyak politik serta perpecahan dalaman,” katanya.

Selain Najwan, jawatan itu turut diidam oleh dua lagi calon yang dikatakan mewakili kabilah masingmasi­ng.

Pada pemilihan PKR yang dijangka bermula 14 September hingga 13 Oktober itu, Najwan bakal berdepan dengan Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasi dan ADUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia