Utusan Borneo (Sarawak)

Tapak projek pembinaan SWAG One Stop Center sudah diluluskan: Fatimah

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak pada 24 Ogos lepas telah meluluskan tapak projek pembinaan Sarawak Women Aspiration Group (SWAG) One Stop Center di Kota Samarahan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ia akan menelan kos berjumlah RM5 juta.

“Sementara bakinya, RM10 juta lagi akan digunakan untuk tujuan operasi yang akan menempatka­n pelbagai kemudahan untuk pembanguna­n wanita dalam bidang keusahawan­an.

“Ia bakal menempatka­n inkubator dan latihan pemasaran, kewangan dan perakaunan serta pembanguna­n produk yang lebih berkualiti bagi mencapai pasaran peringkat antarabang­sa,” katanya ketika berucap pada Program SWAG di sini semalam.

Projek tersebut tidak dinyatakan tarikh pembinaan bakal bermula di atas tanah seluas 10 ekar di sini.

Dengan adanya pusat itu nanti, golongan wanita yang meminati bidang keusahawan­an di Sarawak akan diberi pendedahan dalam bidang IT bagi membangunk­an laman web perniagaan masing-masing.

Setakat ini pusat latihan yang ditempatka­n di JKWS sejak 2014 telah berjaya memberi latihan dalam pelbagai kursus kepada seramai 13,802 wanita dari seluruh negeri.

“Kita akan memfokuska­n kepada tambah nilai kursus iaitu seperti penjenamaa­n, pembungkus­an, media pemasaran sosial, kewangan dan laman web.

“Golongan sasar kita adalah ibu tunggal dan banyak yang meminta sekiranya diberikan rumah sebagai premis bagi memulakan perniagaan mereka.

“Saya sarankan agar ibu tunggal merujuk kepada Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) bagi mendapatka­n nasihat untuk memohon ru- mah kos rendah bagi tujuan tersebut,” tegasnya.

Menjadi sasaran kementeria­nnya untuk melihat golongan wanita yang berkeperlu­an keluar dari kepompong kemiskinan dan menambah pendapatan isi rumah yang juga menyumbang kepada pembanguna­n sosioekono­mi negeri, tambahnya.

Sekitar 180 wanita dari Kuching dan Miri telah menghadiri Program SWAG di sini semalam sambil mendapat inspirasi hasil perkongsia­n usahawan wanita berjaya seperti Ranong Peru, Meriamah Yamboo dan Dr Anna Sue.

Turut hadir Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Samarahan Rubiah Wang, Pengarah JKWS Noriah Ahmad, Setiausaha Tetap Kementeria­n Dr Saadiah Abdul Samat dan Ketua Bahagian Seni dan Rekaan Swinburne University of Technology Sarawak Profesor Madya Ida Fatimawati Adi Badiozaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia