Utusan Borneo (Sarawak)

PDM Cawangan Sarawak anjur Karaton 2018

-

KUCHING: Persatuan Diabetes Malaysia ( PDM) Cawangan Sarawak menganjurk­an Karaton 2018 untuk mengumpul dana sekitar RM30,000 hingga RM50,000.

Pengerusin­ya Dr William Voon berkata dana yang dikumpul daripada program berkenaan akan digunakan untuk membiayai aktiviti kesedaran mengenai diabetes dianjurkan sepanjang tahun.

“Program Karaton 2018 ini adalah julung kalinya diadakan iaitu sesi nyanyian karaoke selama 10 jam bagi mengumpul dana.

“Kami tampil dengan konsep ini kerana mahu orang ramai menderma sambil berhibur. Semua yang berminat kami jemput menyertai Karaton 2018 pada 22 September ini di East Atrium, Vivacity Megammal, Kuching,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Dr Voon berkata, Karaton 2018 akan bermula dari jam 12 tengah hari hingga 10 malam dan dibahagika­n kepada empat slot masa dengan kadar penajaan berbeza iaitu bermula dari RM50 hingga RM500.

Slot masa itu ialah 12 tengah hari hingga 2 petang (RM50 dan ke atas), 2 petang hingga 4 petang( RM100 dan ke atas), 4 petang hingga 6 petang (RM200 dan ke atas), 6 petang hingga 8 malam (RM300 dan ke atas) dan 8 malam hingga 10 malam (RM500 dan ke atas).

Beliau berkata antara aktiviti dianjurkan PDM Cawangan Sarawak ialah ceramah kesedaran, projek saringan diabetes, projek saringan diabetes di kampung-kampung dan semua bentuk bantuan kepada pesakit diabetes.

Bagaimanap­un katanya, program paling penting dianjurkan PDM Cawangan Sarawak ialah sesi saringan diabetes di pusat-pusat beli belah dua minggu sekali.

Selain itu melakukan saringan diabetes di kampungkam­pung tiga bulan sekali.

“Menerusi sesi saringan ini, kami mengesan banyak kes baharu diabetes dan mereka terus diberi kaunseling dan cara terbaik menjaga kesihatan termasuk diet untuk pesakit diabetes,” katanya.

Mengenai Karaton 2018, Dr Voon berkata orang ramai boleh menaja dan mencadan- gkan kepada PDM Cawangan Sarawak nama penyanyi berserta lagu pilihan mereka untuk slot masa tertentu.

Sementara itu pengerusi penganjur Karaton 2018, Tommy Sim berkata borang penajaan boleh didapati di Pusat Sumber Diabetes yang juga premis PDM Cawangan Sarawak di Banglo Anggerik, Jalan Maxwell di sini pada waktu pejabat.

Katanya borang yang lengkap diisi perlu dikembalik­an ke Pusat Sumber Diabetes sebelum atau pada 15 September 2018.

“Pembayaran penajaan boleh dibuat menerusi akaun Hong Leong Bank atas nama Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Sarawak dengan nombor akaun 0160020351­2.

“Selepas pembayaran penajaan dibuat sila nyatakan nama penyanyi ditaja pada resit bank seterusnya hantar ke PDM Cawangan Sarawak menerusi faks 082-239483 atau e-mel ke diabetesma­laysiacns@yahoo.com atau WhatApps ke 012-8091038 (bendahari),” katanya.

Sim memberitah­u, sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubung­i beliau di talian 016-8706395.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Miro (duduk dua kiri) bersama jawatankua­sa penganjur Pesta Pekan Warisan Siniawan 2018.
SERTAI KAMI: Miro (duduk dua kiri) bersama jawatankua­sa penganjur Pesta Pekan Warisan Siniawan 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia