Utusan Borneo (Sarawak)

Enam kumpulan muzik country bakal gegar pentas PPWS 2018

-

BAU: Pesta Pekan Warisan Siniawan (PPWS) 2018 bakal kembali menggegark­an pentas dengan kolaborati­f memukau daripada enam kumpulan muzik country tempatan di pekan Siniawan di sini pada 5 dan 6 Oktober depan.

Buat tahun ketiga berturut-turut, pesta keraian yang menyajikan muzik genre hit rakyat atau country juga bakal dihangatka­n dengan kemunculan sulung kumpulan pemuzik country dari Semenanjun­g Malaysia iaitu Os Pombos Band.

Selain Os Pombos, lima lagi kumpulan pemuzik Coun- try yang turut akan tampil membuat persembaha­n ialah Country Road Band (Miri), Mountain Wind Band (Miri), Hi-Breed Band (Kuching), OnString Band (Kuching) dan OTR (Kuching).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh berkata, penganjur pesta tersebut menyasarka­n kira- kira 10,000 pengunjung sama ada dari dalam atau luar negeri akan memenuhi pekan Siniawan sepanjang dua hari Festival Muzik Country itu kelak.

Miro yang juga penasihat PPWS 2018 memberitah­u, pekan Siniawan amat terkenal dengan keindahan serta keunikan bangunan kedai lama yang memiliki ukiran kayunya berusia lebih 100 tahun.

Menurutnya, antara kelainan pesta berkenaan ialah ‘malam koboi’ di mana semua pencinta muzik koboi akan memakai pakaian koboi.

“Saya yakin PPWS 2018 kali ini pasti menjanjika­n suatu kelainan kepada para pengunjung terutama dalam kalangan para pengunjung tempatan dan antarabang­sa.

“Ini kerana festival muzik country seumpamany­a adalah bukan hanya pertama di Sarawak, malahan saya berani katakan di Malaysia,” katanya pada sidang media di pekan Siniawan di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Penasihat Bersama PPWS 2018 Sheriff William Ding berkata, usaha merakyatka­n muzik country di negeri ini adalah satu usaha untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Jelasnya, genre muzik country dilihat mampu menyatukan masyarakat majmuk di negeri ini kerana ia mempunyai ramai peminat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia