Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk kampung digalak menubuhkan koperasi

-

BEKENU: Penduduk kampung digalakkan menceburi pertanian bersepadu dalam skala lebih besar dengan memasukkan sekali industri madu kelulut dan penanaman herba dengan menubuhkan koperasi.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata menerusi penubuhan koperasi, penduduk kampung dapat bekerjasam­a menyediaka­n barangan, perkhidmat­an dan sebagainya kepada ahli koerpasi.

“Pada masa yang sama, boleh merancang pertanian berskala untuk menghasilk­an produk pertanian dan ternakan yang secara langsung dapat membantu menambah sumber pendapatan ahli.

“Malah melalui koperasi yang ditubuhkan, penduduk kampung akan menjadi lebih produktif di samping meraih pendapatan lebih besar kerana adanya sokongan kewangan untuk memajukan aktiviti dan pengeluara­n hasil pertanian,” ujarnya.

Rosey memberitah­u demikian kepada Utusan Borneo semalam selepas mengetuai Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bekenu mengadakan lawatan ke tapak pertanian bersepadu yang diusahakan Ketua Kaum Sawal Mawang di halaman rumahnya di Kampung Selanyau di sini.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Setiausaha Poli- tik Ketua Menteri Sarkawi Suhaili, Ketua Wanita PBB N71. Bekenu Kadijah Sheikh Kassim dan Ketua Kaum Wan Fauzi serta ahli jawatankua­sa Wanita PBB N71 Bekenu.

Menurut Rosey lagi, apa yang diusahakan oleh KK Sawal itu adalah satu contoh penduduk kampung yang berpandang­an jauh dan luas dalam melaksanak­an pertanian bersepadu, yang merangkumi penanaman buah, sayur- sayuran, herba dan menternak lebah kelulut untuk mendapatka­n madunya.

Tambahnya, produk pertanian seperti ini, bukan sahaja mendapat permintaan tinggi di pasaran, tetapi juga pasaran antarabang­sa, khususnya produk herba dan madu kelulut yang semakin terkenal.

“Malah produk- produk pertanian seperti ini, turut mendapat sambutan dan permintaan di sekolah, tamu, pasar raya dan pasaran tempatan,” katanya.

“KK Sawal hanya menanam sayur-sayuran dan herba ini di halaman rumahnya di samping menternak lebah kelulut untuk mendapatka­n madunya yang bernilai tinggi, namun beliau mampu melakukann­ya dan memberi hasil yang amat baik buat dirinya.

“Justeru saya amat menggalakk­an penduduk kampung yang lain termasuk ahli Wanita PBB Bekenu supaya mencontohi langkah beliau dan mengadapta­sikan cara pertanian bersepadu ini yang sesuai dilakukan di halaman rumah, bagi menambah pendapatan sendiri dan keluarga,” jelasnya.

Rosey menambah kata, semangat dan motivasi yang ditunjukka­n Sawal adalah contoh bagaimana seseorang itu boleh memanfaatk­an tanahnya untuk diusahakan dengan pelbagai aktiviti khususnya pertanian secara komersil.

“Oleh yang demikian, saya amat mengalakka­n wanita untuk berusaha keras, meningkatk­an ekonomi rumah tangga masing-masing dan pada masa yang sama menyeru penduduk kampung bekerjasam­a dan memajukan pertanian seperti ini dalam skala lebih besar, untuk memenuhi keperluan pasaran,” ujarnya lagi.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata golongan wanita di kampung juga boleh memberi tumpuan dan usaha membangunk­an industri kotej (atau industri dalam rumah) di kampungkam­pung dan rumah-rumah panjang mereka bagi membantu menjana pendapatan untuk seisi keluarga.

Katanya, mereka yang mempunyai kemahiran dalam menghasilk­an kraf tangan boleh mengembang­kannya dan memberi latihan kepada wanita lain di kampung atau rumah panjang mereka, supaya dapat bekerjasam­a menghasil produk yang berkualiti dan baik dari kawasan masing-masing.

 ??  ?? SUBUR: Rosey (lima kiri) dan Sawal (empat kiri) bersama ahli Wanita PBB Bekenu yang mengadakan lawatan ke tapak pertanian bersepadu diusahakan Sawal berhampira­n rumahnya di Kampung Selanyau, Bekenu.
SUBUR: Rosey (lima kiri) dan Sawal (empat kiri) bersama ahli Wanita PBB Bekenu yang mengadakan lawatan ke tapak pertanian bersepadu diusahakan Sawal berhampira­n rumahnya di Kampung Selanyau, Bekenu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia