Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan wanita perlu rebut dana khas untuk kembangkan perniagaan

-

KUCHING: Usahawan wanita di Sarawak perlu merebut dana khas yang disediakan kepada mereka untuk mengembang­kan perniagaan masing-masing.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, sejumlah RM500,000 kini disediakan untuk tujuan tersebut.

Katanya, peruntukan tersebut adalah diberikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kepada kementeria­nnya, khusus untuk membantu usahawan wanita.

“Kita tahu RM500,000 adalah tidak mencukupi, namun saya menyaranka­n kepada semua usahawan wanita yang memerlukan agar memohon.

“Kalau tidak cukup, saya akan mohon lagi daripada Ketua Menteri kerana beliau sendiri sudah berjanji akan menambah peruntukan ini sekiranya tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Memperkasa­kan Keusahawan­an Wanita dan Pelancaran Produk di sini, semalam.

Beliau berkata setakat ini, terdapat 100 permohonan telah diterima dan kementeria­nnya masih menunggu permohonan lain sebelum ia disalurkan kepada pemohon yang layak.

“Sekiranya banyak permo- honan, kita dapat menunjukka­n kepada Ketua Menteri bahawa terdapat ramai usahawan wanita yang memerlukan bantuan agar beliau dapat memberi peruntukan yang lebih banyak,” katanya.

Sementara itu, Fatimah turut menyaranka­n agar wanita Sarawak menyertai sebarang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana ia memberi banyak manfaat.

“Banyak aspek kehidupan yang boleh kita perolehi dan pelajari melalui penglibata­n dalam NGO.

“Sebab itu, saya memang menggalakk­an wanita kita yang belum menyertai sebarang persatuan agar menjadi ahli,” ujarnya.

 ??  ?? RASMI: Fatimah melakukan simbolik perasmian Majlis Memperkasa­kan Keusahawan­an Wanita dan Pelancaran Produk di Kuching, semalam sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
RASMI: Fatimah melakukan simbolik perasmian Majlis Memperkasa­kan Keusahawan­an Wanita dan Pelancaran Produk di Kuching, semalam sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia