Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen derma darah adalah salah satu contoh semangat kesukarela­an yang amat jelas dan berkesan

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Sukarelawa­n adalah bahagian yang sangat penting dalam pembanguna­n sosial dan dapat melakukan banyak perkara serta amat berkesan dalam masyarakat hari ini yang sedang bergerak untuk maju bersama.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Shin Kim menjelaska­n bahawa Kempen Derma Darah di Miri adalah satu contoh khidmat dan semangat kesukarela­an yang amat jelas dan berkesan.

“Pada tahun 70-an, pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan darah perlu membayar untuk darah yang digunakan mereka memandangk­an ketika itu jumlah penderma darah sukarela amat berkuranga­n.

“Ini kerana pada pandangan masyarakat awam terutama kaum Cina, yang mempunyai pantang larang menderma darah dan terdapat satu kes di mana seorang bapa kaum Cina yang sakit tenat, terpaksa meminta anaknya membeli darah bagi tujuan pemindahan darah, sedangkan anak-anak beliau sendiri boleh mendermaka­n darah tersebut,” ujar Lee.

Beliau memberitah­u demikian semasa merasmikan pameran Minggu Keselamata­n dan Kesihatan anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Voluntary Aid Detachment 57 (VAD 57) Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia).

Turut hadir Timbalan Pro Naib Canselor Curtin Malaysia Profesor Beena Giridharan, Ketua Pegawai Operasi Curtin Malaysia Pieter Wil- lem Pottas, Dekan Curtin Malaysia Dr Adeline Wong dan pengerusi pengelola Yu Jet Ben.

Lee yang juga timbalan pengerusi PBSM Cabang Miri, turut menambah bahawa kejadian sedemikian, iaitu urusan menjual membeli darah adalah sesuatu yang amat menyedihka­n walaupun terdapat usaha bersungguh- sungguh oleh unit VAD 57 MRC, yang kemudianny­a disertai sebahagian besar ekspatriat untuk mendapatka­n lebih ramai orang menjadi sukarelawa­n penderma darah.

Beliau berkata walaupun pada awalnya usaha mereka mendapat pelbagai rintangan termasuk ancaman oleh anggota sindiket yang menjual darah, yang bertindak merosakkan tayar dan mencalarka­n kereta mereka, menumbuk dan sebagainya, namun akhirnya usaha mereka mendapat ganjaran selepas 10 tahun.

Pada tahun 1979 buat kali pertama Hospital Miri mempunyai 100 peratus penderma darah sukarela.

“Sehingga hari ini, rekod 100 peratus penderma darah sukarela kekal dan antara yang menyumbang kepada kejayaan hari ini adalah Unit VAD 57 Curtin Malaysia,” katanya.

Lee memuji VAD 57 Curtin Malaysia atas pencapaian mereka yang terpuji sejak bertahun- tahun, termasuk memenangi Anugerah Unit VAD Terbaik di Sarawak selama bertahun-tahun dan berturut-turut sejak 2008.

Sehubungan itu beliau ber- harap Curtin Malaysia akan terus memupuk semangat sukarelawa­n dalam kalangan kakitangan dan pelajarnya, sambil menambah bahawa universiti itu adalah antara platform yang ideal untuk melatih para pelajar untuk menjadi insan serba lengkap selepas mereka menamatkan pengajian kelak.

Beliau juga menegaskan bahawa sukarelawa­n harus mencetuska­n satu budaya terpuji untuk semua terutama dalam era teknologi ini di mana anak-anak muda khususnya, lebih terdedah kepada ketagihan alat elektronik dan telefon pintar mereka sehingga mengehadka­n interaksi, walaupun dalam kalangan ahli keluarga.

“Tidak syak lagi teknologi sangat penting untuk pembanguna­n keseluruha­n tetapi ketagihan terhadap alat juga merugikan perkembang­an kesihatan dan sosial.

“Sama pentingnya adalah kesihatan dan keselamata­n, kerana tanpa kesihatan holistik yang baik, sedikit sahaja perkara yang dapat kita lakukan dan begitu juga wang yang berbilion-bilion dalam akaun bank seseorang tidak bermakna apa- apa jika orang itu secara mental tidak sihat dan sangat sakit,” katanya.

Lee yang juga pengerusi Lembaga Pengurusan Curtin Malaysia turut melahirkan rasa gembira atas usaha Curtin Malaysia yang sentiasa memberi keutamaan terhadap isu atau kempen berkaitan keselamata­n dan kesihatan.

Sementara itu, terdahulu dalam ucapannya, Yu berkata pelbagai aktiviti khidmat kemanusiaa­n dan acara berkaitan isu-isu menangani kecemasan akan diadakan sepanjang minggu tersebut.

Antara yang turut diadakan ialah pameran minggu kesihatan dan keselamata­n, kursus keselamata­n air, ceramah kesihatan mental, kempen derma darah dan organ, kawad kebakaran serta kursus pengendali­an bot untuk kedua-dua pegawai dan penuntut universiti berkenaan.

 ??  ?? PERIKSA: Lee (duduk) tidak ketinggala­n untuk melakukan pemeriksaa­n kesihatan di salah satu kaunter kesihatan yang dikendalik­an kakitangan Hospital Columbia Asia Miri, sambil disaksikan yang lain.
PERIKSA: Lee (duduk) tidak ketinggala­n untuk melakukan pemeriksaa­n kesihatan di salah satu kaunter kesihatan yang dikendalik­an kakitangan Hospital Columbia Asia Miri, sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia