Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Kebudayaan Dayak Sarawak cadang bina pusat kebudayaan

-

KUCHING: Persatuan Kebudayaan Dayak Sarawak (PKDS) bercadang membina sebuah pusat kebudayaan yang akan mencermink­an identiti dan budaya pelbagai etnik masyarakat Dayak di negeri ini.

Pengerusin­ya, Judah Anom berkata persatuan berkenaan yang baharu didaftarka­n, sedang mengenal pasti sebidang tanah di sepanjang Jalan Kuching-Serian bagi pembinaan pusat kebudayaan tersebut.

“Pembinaan pusat ini menjadi keutamaan PKDS yang baharu sahaja didaftarka­n dengan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Judah berkata beliau men- ganggarkan pembinaan pusat berkenaan menelan kos kirakira RM6.5 juta, termasuk harga tanah itu.

“Saya mendapat inspirasi membina pusat ini selepas berkunjung ke Pontianak, Kalimantan Barat sejak beberapa tahun lepas.

“Di Pontianak, pusat kebudayaan Dayak diwujudkan bagi mencermink­an tradisi, adat dan identiti pelbagai masyarakat Dayak di Kalimantan.

“Mereka menggunaka­n pusat ini untuk perayaan Gawai, aktiviti kebudayaan, sukan serta pelbagai sambutan perayaan lain,” katanya, sambil menambah bahawa pada sambutan Gawai Dayak baru-baru ini, beribu-ribu masyarakat Dayak membanjiri pusat berkenaan bagi menyambut perayaan tersebut.

Judah berharap pusat yang dirancang dibina PKDS itu akan menjadi tarikan pelancong serta bakal mempunyai pusat pameran, muzium mini dan pusat kraf tangan, dewan mesyuarat dan pusat pentadbira­n.

Katanya pusat pameran itu akan mempamerka­n gambar personalit­i masyarakat Dayak seperti ratu terjun negara, Pandelela Rinong, pahlawan Datuk Kanang Langkau, penyanyi Andrewson Ngalai, Michael Jemat, Rickey L dan bekas pemimpin masyarakat Dayak Tun Jugah Barieng serta bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan dan Datuk Tawie Sli.

Judah berkata pusat berkenaan juga akan dibina asrama bagi orang ramai, terutama untuk pelancong asing yang mahu bermalam di kawasan berkenaan.

Judah berkata persatuan itu akan melancarka­n kempen bagi mendapatka­n lebih ramai masyarakat Dayak atau rakyat Sarawak yang ibu bapa mereka daripada suku etnik Dayak serta berumur 18 tahun ke atas untuk menjadi ahli persatuan berkenaan.

Mereka yang ingin menjadi ahli persatuan itu hanya perlu membayar RM50 untuk menjadi ahli seumur hidup PKDS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia