Utusan Borneo (Sarawak)

Mansor nafi kosongkan kerusi Parlimen Nibong Tebal untuk Anwar

-

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Nibong Tebal Datuk Mansor Othman menafikan mesej yang tular di aplikasi WhatsApp bahawa beliau akan mengosongk­an kerusi parlimen itu bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Mesej itu tidak betul. Saya nafikan akan melepaskan kerusi Nibong Tebal. Saya tidak akan melepaskan kerusi Nibong Tebal,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu men- yatakan mesyuarat khas PKR pada tengah hari semalam bersetuju peletakan jawatan Mansor sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal dan memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding kerusi tersebut.

Mesej itu turut menyatakan pengerusi PKR Pulau Pinang itu akan dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Sementara itu, sumber memberitah­u tiada mesyuarat khas PKR diadakan tengah semalam.

Pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 yang lalu, Mansor yang juga penyandang kerusi Parlimen Nibong Tebal menewaskan Shaik Hussein Mydin (BN-UMNO), Mohd Hilmi Haron (PAS) dan Tan Tee Beng (BEBAS) dalam pertanding­an empat penjuru dengan majoriti 15,817 undi.

Sebelum ini, Anwar pada PRK Sungai Kandis, dilaporkan berkata kerusi Parlimen akan dikosongka­n bagi memberi laluan untuknya bertanding dan kembali semula menjadi ahli parlimen.

Langkah itu dilihat sebagai persediaan untuk Anwar menjadi perdana menteri kelapan.

Bagaimanap­un, kawasan Parlimen yang akan ditandingi Anwar masih menjadi tekateki dan beliau belum membuat keputusan berhubung perkara itu.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail semalam mengesahka­n bahawa pengumuman mengenai kerusi parlimen yang akan ditandingi bekas timbalan perdana menteri itu hanya akan dibuat sekembalin­ya Anwar dari Hong Kong, Rabu ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia