Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Singapura keluar perintah pelupusan dana berkaitan 1MDB

-

SINGAPURA: Mahkamah Singapura mengeluark­an perintah pelupusan berhubung wang yang telah diseleweng daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan/atau SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Menurut kenyataan peguam cara bagi kerajaan Malaysia, Tan Rajah & Cheah semalam, wang berkenaan adalah dalam pelbagai mata wang dengan jumlah nilai keseluruha­n kirakira S$ 15.3 juta ( RM45.9 juta).

“Kesemua wang ini sedang dipindahka­n ke akaun bank pemeroleha­n khas 1MDB di Kuala Lumpur.

“Usaha untuk mendapatka­n kembali aset lain yang diseleweng masih diteruskan,” menurut kenyataan itu.

Tan Rajah & Cheah adalah peguam cara bagi kerajaan Malaysia, 1MDB dan SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Dalam perkembang­an berkaitan, firma guaman itu berkata jumlah S$15.3 juta yang diperoleh itu adalah fasa pertama dalam usaha berterusan untuk mendapatka­n kembali dana berkenaan.

Proses pemeroleha­n masih diteruskan dan pengumuman lanjut mengenainy­a akan dibuat pada masa yang sesuai, jelas kenyataan itu.

“Berjuta-juta lagi (wang) dijangka diperoleh semula bila tiba masanya,” menurut kenyataan itu.

Firma berkenaan menegaskan oleh sebab proses siasatan dan pemeroleha­n sedang berjalan, adalah tidak wajar untuk mendedahka­n butiran lanjut pada peringkat ini.

Kesemua wang yang diperoleh itu akan dimasukkan ke dalam akaun bank pemeroleha­n 1MDB, yang diwujudkan khas bagi tujuan menerima dana yang diseleweng itu, tambah kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia