Utusan Borneo (Sarawak)

Peguam akan kemuka bantahan penahanan reman anak tiri mangsa

-

PETALING JAYA: Tempoh reman isteri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan yang mati dibunuh, disambung tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes kematian suaminya yang maut dalam kebakaran, pada 14 Jun lepas.

Majistret Nurulhuda Zakariya membenarka­n tempoh reman sehingga Khamis ini bagi membolehka­n siasatan terhadapny­a dijalankan.

Wanita itu sebelum ini, ditahan polis 4 Sept lalu bersama bekas suaminya dan direman selama seminggu sebelum lelaki itu dibebaskan tiga hari kemudian.

Sementara itu, peguam yang mewakili wanita itu, Hisyam Teh Poh Teik berkata beliau akan mengemukak­an bantahan terhadap penahanan reman dua anak tiri mangsa yang dita- han Sabtu lepas, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Kedua-dua remaja berusia 16 dan 14 tahun itu direman tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada 3 Ogos lalu, kematian Nazrin diklasifik­asikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemui kesan petrol di lokasi kebakaran.

Dalam tragedi 14 Jun itu, Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya, kirakira jam 12.20 tengah hari.

Cradle Fund, merupakan syarikat di bawah Kementeria­n Kewangan berperanan membangunk­an usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan di negara ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI KETERANGAN: Hisyam Teh menjawab pertanyaan media berhubung lanjutan reman oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam terhadap isteri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, yang mati dibunuh baru-baru ini.
— Gambar Bernama BERI KETERANGAN: Hisyam Teh menjawab pertanyaan media berhubung lanjutan reman oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam terhadap isteri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, yang mati dibunuh baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia