Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal tangki, kapal tangkap ikan ditahan bersauh tanpa kebenaran

-

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki dan sebuah kapal penangkapa­n ikan kerana gagal kemukakan dokumen kebenaran bersauh selain disyaki melakukan aktiviti pemindahan dari kapal ke kapal tanpa kebenaran, di perairan Pengerang dekat Kota Tinggi, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Kapten (M) Mohd Zulfadli Nayan berkata kapal penangkapa­n ikan FV ‘Fuyuanyu 677’ dan kapal tangki MT ‘Sentek 33’ itu dikesan sebuah bot ronda APMM pada jam 4.05 petang, ketika sedang bersauh di kedudukan kira-kira 3.6 batu nautika tenggara Tanjung Penyusup, Pengerang.

Beliau berkata kapal penangkapa­n ikan yang berdaftar di China itu, membawa 11 kru warga China, berusia antara 28 tahun hingga 50 tahun.

“Kapal yang sedang bersauh itu, pada ketika itu sedang menerima minyak disyaki jenis Marine Gas Oil (MGO) daripada MT Sentek 33,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, MT Sentek 33 yang berdaftar di Singapura sedang membawa tujuh kru warga Indonesia, Singapura serta Myanmar, berusia antara 28 dan 69 tahun.

Mohd Zulfadli berkata pemeriksaa­n lanjut mendapati nakhoda kedua-dua kapal itu gagal mengemukak­an sebarang dokumen kebenaran bersauh dan menjalanka­n aktiviti pemindahan dari kapal ke kapal.

Beliau berkata lima kru dari kedua-dua kapal dibawa ke Pejabat APMM Tanjung Sedili untuk siasatan selanjutny­a mengikut Seksyen 49 1B(1)(k) dan Seksyen 49 1B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana melakukan pemindahan minyak tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia dan bersauh tanpa kebenaran.

Kes juga disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melibatkan kapal penangkapa­n ikan, katanya.

“Tangkapan ini merupakan yang ketiga untuk bulan ini berkaitan kesalahan yang hampir sama di Perairan Pengerang. APMM akan terus meningkatk­an kawalan keselamata­n dan penguatkua­saan di perairan negara bagi memastikan keselamata­n kapal-kapal dalam perairan negara sentiasa terjamin dan mematuhi undang- undang Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia