Utusan Borneo (Sarawak)

Lumba motosikal: Polis periksa 100 remaja

-

PENDANG: Sekumpulan remaja yang menjadikan jalan batas ban (jalan bendang) di Kampung Kuala Rimau, dekat sini untuk berkumpul dan berlumba motosikal terpaksa membatalka­n hajat mereka selepas diserbu polis dalam Operasi Khas Samseng Jalanan petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata, 100 remaja yang menunggang dan membonceng 70 motosikal diperiksa sebelum 46 saman dengan pelbagai kesalahan trafik dikeluarka­n.

Katanya, antara kesalahan yang diambil tindakan ialah tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, mengubah suai motosikal, tiada cermin pandang belakang dan nombor plat tidak mengikut spesifikas­i.

“Operasi yang bermula jam 6 hingga 8 malam itu menyebabka­n ada antara mereka cuba melarikan diri namun terbabas ke dalam tali air berhampira­n sebelum ditahan untuk pemeriksaa­n,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata operasi dilakukan berdasarka­n aduan orang ramai berhubung sekumpulan remaja seawal usia 14 tahun hingga 23 tahun menunggang secara melulu pada cuti hujung minggu hingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan yang lain.

Arriz Sham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana tiada lesen memandu, Seksyen 15 (1) akta sama kerana tiada cukai jalan, Seksyen 39 (1) (menunggang bawah umur) serta Seksyen 14 (1) akta sama kerana tiada nombor pendaftara­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia