Utusan Borneo (Sarawak)

Dua bencana menyebabka­n perkhidmat­an pengangkut­an dibatalkan

-

JOHOR BAHRU: Seorang rakyat Malaysia yang terkandas di Hokkaido, Jepun akibat taufan Jebi dan gempa bumi pada minggu lepas, selamat tiba di tanah air, pagi semalam.

Ketibaan Nordziakon Husnan atau panggilan mesranya Rudy di Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai di sini disambut gembira oleh isterinya, Aainaa Mardhiah Juraisan, 30, dan anak perempuann­ya Nursyahzan­i Nazita Aailah berumur enam tahun.

Kepulangan Rudy adalah hasil usaha Badan Perhubunga­n UMNO Negeri Johor yang membiayai sepenuhnya tiket penerbanga­n balik dari Sapporo, Hokkaido ke Bangkok, Thailand dan kemudian dari Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sebelum disusuli penerbanga­n dari KLIA2 ke Johor Bahru.

Dia yang sedang bercuti seorang di Sapporo sejak 1 Sept sepatutnya pulang ke tanah air pada 5 Sept namun tidak dapat berbuat demikian kerana terkandas di Lapangan Terbang Chitose akibat masalah teknikal.

“Pada pagi kejadian, saya sudah berada di lapangan terbang untuk bersedia memasuki pintu perlepasan namun tiba-tiba terasa gegaran (gempa) menyebabka­n ramai yang panik. Kemudian menyusul pula gegaran kedua tetapi tidak sekuat yang pertama.

“Masa itu, nyawa seakanakan ‘telur di hujung tanduk’, terfikirka­n keluarga dan semuanya. Apa akan terjadi sekiranya berlaku apa-apa? Mujur beberapa jam selepas itu, saya dapat menghubung­i keluarga kerana talian Internet di lapangan terbang masih okay,” katanya.

Melalui inisiatif itu juga, dia menghubung­i beberapa kenalan untuk meminta bantuan hinggalah dipertemuk­an

Masa itu, nyawa seakan-akan ‘telur di hujung tanduk’, terfikirka­n keluarga dan semuanya. Apa akan terjadi sekiranya berlaku apa-apa? Mujur beberapa jam selepas itu, saya dapat menghubung­i keluarga kerana talian Internet di lapangan terbang masih okay. Nordziakon Husnan Mangsa bencana

dengan UMNO Johor.

“Merekalah ( UMNO) yang membantu membelikan tiket penerbanga­n balik. Namun sepanjang terkandas di sana, pihak berkuat kuasa Jepun juga banyak membantu dengan menyediaka­n tempat perlindung­an tidak jauh dari kawasan lapangan terbang.

“Mereka memberi makanan dan minuman kepada semua yang terjejas,” katanya yang bekerja sebagai juruteknik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan mengikuti pengajian Sarjana Teknologi dan Maklumat di universiti berkenaan.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubunga­n UMNO negeri, Datuk Samsol Bari Jamali berkata selepas men- dapat maklumat mengenai masalah dihadapi Rudy, UMNO Johor segera bertindak mendapatka­n pelbagai bantuan untuk membawanya pulang.

“Syukur dengan berkat kenalan di Jepun, kita akhirnya dapat menguruska­n tiket balik, walaupun Rudy terpaksa berdepan pelbagai cabaran. Kita mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada mereka yang turut sama membantu,” katanya.

Pada 4 Sept lepas, taufan Jebi - taufan paling kuat membadai beberapa kawasan di Jepun termasuk Osaka, menyebabka­n perkhidmat­an pengangkut­an, penerbanga­n dan kereta api serta beberapa operasi di pusat komersial, dibatalkan.

Ia diikuti gempa bumi kuat berukuran 6.7 pada skala Richter di rantau Hokkaido dua hari kemudian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT TIBA: Samsol (kanan) menyambut ketibaan penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Nordziakon di Lapangan Terbang Antrabangs­a Senai semalam. Nordizakon yang juga kakitangan UTM tersangkut di Hokkaido, Jepun akibat taufan Jebi baru-baru ini.Turut hadir menyambut isteri Nordziakon, anaknya Nursyahzan­i dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri dan Setiausaha Kerja UMNO Johor Pandak Ahmad (kiri).
— Gambar Bernama SELAMAT TIBA: Samsol (kanan) menyambut ketibaan penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Nordziakon di Lapangan Terbang Antrabangs­a Senai semalam. Nordizakon yang juga kakitangan UTM tersangkut di Hokkaido, Jepun akibat taufan Jebi baru-baru ini.Turut hadir menyambut isteri Nordziakon, anaknya Nursyahzan­i dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri dan Setiausaha Kerja UMNO Johor Pandak Ahmad (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia