Utusan Borneo (Sarawak)

Balu mangsa maut dipijak gajah dapat faedah PERKESO

-

KUALA NERANG: Balu kepada mangsa yang maut dipijak seekor gajah liar di Kampung Kah Ing, Padang Terap Jumaat lalu semalam menerima Faedah Pengurusan Jenazah daripada Skuad Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Prihatin Negeri Kedah.

Bayaran sebanyak RM2,000 itu diserahkan Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan dan Sumber Manusia Dr Salmee Said kepada Norizah Murad, 49, setelah Skuad PERKESO Prihatin menerima maklumat berhubung kejadian malang itu.

Selain itu, Norizah juga akan menerima Faedah Pencen Penakat secara berkala sepanjang hayat sebanyak RM475 sebulan yang dijangka mula dibayar awal bulan depan.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada PERKESO kerana prihatin dengan kejadian yang men- impa keluarga saya. Saya tidak mempunyai sumber pendapatan lain setelah suami saya meninggal pada Jumaat lalu,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Ulu Padang Sanai, di sini semalam.

Dalam kejadian itu, Mat Juhid Osman, 49, dalam perjalanan pulang bersama abangnya dari dusun yang terletak di pinggir hutan di Kampung Kah Ing sebelum bertembung dengan seekor gajah jantan yang sedang mengamuk.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala selain patah tangan kanan akibat dipijak berkali- kali oleh gajah tersebut disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang.

Norizah berkata selepas arwah suaminya berhenti kerja di kilang gula di Padang Terap, arwah menoreh getah dengan pendapatan kira-kira RM700 sebulan bagi menyara keluarga termasuk dua anak yang masih bersekolah, masing-masing berusia 16 dan 11 tahun.

Sementara itu Salmee berkata Norizah layak menerima faedah berkenaan setelah pihak PERKESO melakukan semakan dan mendapati arwah suaminya pernah mencarum dengan pertubuhan itu bagi tempoh 1985 hingga 2004 sebagai pekerja kilang.

“Walaupun caruman terakhir arwah dengan PERKESO adalah pada 2004, setelah kesemua caruman arwah sejak 1985 diambil kira, telah melayakkan keluarga yang ditinggalk­an menerima faedah PERKESO,” katanya.

Turut hadir ketika penyerahan bantuan itu ialah Timbalan Pengarah Perkeso Negeri Kedah, Basharudin Khalid dan Pegawai Eksekutif PERKESO Kedah, Abdul Rahim Wahab. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN: Salmee (dua, kiri) bersama Basharudin (kanan) menyerahka­n pencen penakat dan faedah pengurusan mayat kepada Norizah sebanyak RM2,000 pada Majlis Penyampaia­n Cek Faedah Pengurusan Jenazah Perkeso bagi kes ‘Maut Dipijak Gajah Liar’ di Kampung Ulu Padang Sanai semalam. Turut sama anak-anaknya Nurfariha Mat Juhid dan Muhammad Farhan Mat Juhid.
— Gambar Bernama BANTUAN: Salmee (dua, kiri) bersama Basharudin (kanan) menyerahka­n pencen penakat dan faedah pengurusan mayat kepada Norizah sebanyak RM2,000 pada Majlis Penyampaia­n Cek Faedah Pengurusan Jenazah Perkeso bagi kes ‘Maut Dipijak Gajah Liar’ di Kampung Ulu Padang Sanai semalam. Turut sama anak-anaknya Nurfariha Mat Juhid dan Muhammad Farhan Mat Juhid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia