Utusan Borneo (Sarawak)

Pendaki hilang di Gunung Gua Rimau ditemui selamat

-

JOHOR BAHRU: Seorang pendaki yang dilaporkan hilang ketika menuruni Gunung Gua Rimau, dekat Kluang, pada petang Sabtu lepas, akhirnya ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) petang semalam.

Mohd Nizam Ahmad Ansar, 29, dijumpai oleh pasukan operasi SAR pada jam 2.45 petang semalam, tidak beberapa jauh dari lokasinya yang dilaporkan hilang.

Ketua Operasi SAR In- spektor Mohd Adzhan Mat berkata mangsa ditemui dalam keadaan selamat walaupun sedikit keletihan selepas dilaporkan hilang lebih 48 jam.

“Mangsa ditemui tidak jauh dari lokasinya dilaporkan hilang dan difahamkan, selepas tersesat jalan, mangsa mengambil keputusan mencari sungai terdekat lalu mengikuti aliran sungai ke hilir, sebelum terserempa­k dengan pasukan SAR.

“Sehubungan itu, operasi SAR yang kini telah disertai 80 orang daripada pelbagai agensi termasuk polis, bomba, Jabatan Perhutanan dan Majlis Perbandara­n Kluang, ditamatkan pada petang ini (semalam),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mangsa kemudianny­a dihantar ke Hospital Kluang untuk mendapatka­n rawatan susulan.

Dalam kejadian Sabtu lepas, beliau berkata Mohd Nizam yang berasal dari Kota Tinggi, Johor dipercayai hilang daripada kumpulan pendaki, terdiri daripada rakan sekerjanya sewaktu turun daripada puncak Gunung Gua Rimau, pada jam 2 petang.

Dia dikatakan masih bersama kumpulan tersebut semasa di pertengaha­n jalan menuruni gunung, 45 minit dari lokasi perhentian di kaki gunung, kata Mohd Adzhan.

Namun, kehilangan­nya hanya disedari selepas masingmasi­ng tiba di kaki gunung, kira-kira jam 5 petang.

Laporan kehilangan Nizam bagaimanap­un hanya dibuat petang kelmarin, sebelum operasi SAR digerakkan.

Sementara itu, ibu mangsa, Jarina Hasan, yang ditemui di Pusat Operasi SAR, Hutan Lipur Gunung Belumut, Kluang semalam berkata bahawa kali terakhir dia melihat anaknya adalah pada 1 September lalu dan dia ada memaklumka­n tentang aktiviti riadah yang disertainy­a.

“Dia (Mohd Nizam) memang ada memaklumka­n tentang aktiviti riadah berkenaan, sebab sepatutnya se- malam ada kenduri keluarga, saya minta dia hantar tetapi dia kata tidak boleh sebab dia ikut mendaki dengan kawankawan kilang dia.

“Dia memang dari dulu suka mendaki sejak dari masa dia belajar lagi. Ini merupakan kali pertama dia mendaki semula selepas bekerja,” kata wanita berusia 55 tahun itu.

Katanya, dia hanya dimaklumka­n mengenai kejadian selepas dihubungi oleh penyelia kilang tempat anaknya bekerja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia