Utusan Borneo (Sarawak)

Saranan penubuhan jawatankua­sa peringkat menteri untuk bendung masalah dadah

-

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mencadangk­an agar kerajaan menubuhkan sebuah jawatankua­sa tertinggi peringkat menteri untuk memberi tumpuan serta mencari strategi baharu serta berkesan dalam membendung masalah dadah di negara ini.

Naib Presiden kanannya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata jawatankua­sa itu perlu dianggotai semua kementeria­n, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan diterajui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atau Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Sudah tiba masanya kerajaan baharu menyemak semula dengan strategi dan kaedah sedia ada untuk menangani masalah ini yang hanya menunjukka­n sedikit sahaja peningkata­n sungguhpun pelbagai langkah diperkenal­kan untuk menanganin­ya.

“Saya harap jawatankua­sa ini akan mencari lebih banyak cara dan pendekatan yang berkesan untuk menangani masalah dadah daripada semua sudut, terutamany­a dalam pencegahan, penguatkua­saan, pemulihan serta kerjasama antarabang­sa,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan menunjukka­n 25,922 kes penyalahgu­naan dadah direkodkan tahun lepas, dan daripada jumlah itu, 18,440 adalah kes baharu manakala 7,482 lagi membabitka­n pesalah berulang.

Selain itu Lim berkata, pihak berkuasa juga perlu memberi perhatian khusus untuk membantera­s penyalahgu­naan dadah perangsang jenis Amphetamin­e (ATS), yang juga dikenali sebagai dadah sintetik, kerana pengilang dan sindiket dadah sedemikian kini lebih inovatif serta kreatif dalam menarik pengguna baharu.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia