Utusan Borneo (Sarawak)

Najib luah rasa tidak puas hati kerana kuih pau yang dibelinya dikenakan SST

-

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuat rayuan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertimb­angkan penubuhan semula Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata pihaknya akan menghantar surat dan laporan mengenai pasukan itu kepada kerajaan persekutua­n bagi mempercepa­tkan proses pertimbang­an dan kelulusan penubuhan semula PPS.

“Saya percaya bahawa banyak rakyat di negeri ini yang merayu dan mahu PPS dihidupkan semula. Mereka kata sekarang kami sudah jadi kerajaan (persekutua­n), jadi lebih mudah (untuk menubuhkan semula PPS).

“Ya, kami memang sudah jadi kerajaan tetapi kami tidak akan salah guna kuasa. Jadi, kami akan buat rayuan kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri semoga mereka boleh bagi pertimbang­an dan percepatka­n kelulusan PPS,” katanya pada persidanga­n media di sini, semalam.

Beliau berkata kes PPS telah dibawa ke mahkamah dan sehingga sekarang belum ada keputusan di peringkat Mahkamah Persekutua­n.

Sementara itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang turut hadir pada sidang media itu berkata beliau akan membawa perkara itu untuk perhatian Kabinet dan Perdana Menteri.

Beliau berkata walaupun Mahkamah Rayuan telah memutuskan PPS ditubuhkan secara sah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, namun pihaknya mahu sokongan daripada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) untuk penubuhan semula pasukan sukarela itu.

“Kita hanya tunggu keputusan yang terakhir daripada Mahkamah Persekutua­n. Jadi, sementara menunggu keputusan saya minta mereka (Kerajaan Negeri) buat laporan untuk ditunjukka­n kepada Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri supaya ia dapat diluluskan dan PPS boleh hidup balik di Pulau Pinang,” katanya.

Kes itu kini dalam peringkat rayuan di Mahkamah Persekutua­n selepas mahkamah paling tinggi itu membenarka­n Kerajaan Persekutua­n ketika itu, Barisan Nasional, untuk mengemukak­an rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytih­arkan PPS ditubuhkan secara sah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pada 28 Mac tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mengisytih­arkan PPS ditubuhkan secara sah selepas membenarka­n rayuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengenepik­an keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 22 Nov 2016 yang memutuskan PPS sebuah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan.

Kerajaan Negeri pada 27 Jan 2015, memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar perintah KDN ketika itu yang mengisytih­arkan PPS sebuah pertubuhan haram.

PPS ditubuhkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2009 dengan objektif membantu Kerajaan Negeri membantera­s jenayah selain menjaga kebajikan dan keselamata­n awam penduduk Pulau Pinang yang berkhidmat secara sukarela. — Bernama GEORGE TOWN: Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam membidas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempertika­i pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Lim berkata, ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanak­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST), Najib tidak mendengar rungutan rakyat yang perlu membayar cukai bagi setiap barangan, namun selepas pelaksanaa­n SST Ahli Parlimen Pekan itu pula mula membuat rungutan.

“Saya hairan kerana bila dia ( Najib) kenakan GST masa itu dia tak ‘merungut’, masa itu (GST) enam peratus. Sekarang pun enam peratus, mengapa masa itu dia tak ‘ merungut’ sekarang nak ‘merungut’.

“Kita harap bekas perdana menteri janganlah cuba jadi wira sekarang. Bila masa dia kenakan GST enam peratus jauh lebih teruk. Sekarang ( SST) kita tetapkan amat longgar berbanding dengan dulu. Rupanya hanya sekarang beliau sedar pergi kedai kena bayar enam peratus, sebelum itu dia tak sedar semua kedai kena enam peratus,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Najib dalam catatan di akaun Twitter miliknya kelmarin, meluahkan rasa tidak puas hati selepas kuih pau yang dibelinya dikenakan SST selain turut memuat naik gambar resit diterimany­a yang turut disertakan jumlah SST sebanyak RM3.80.

“Berhenti di kedai Pau Yik Mun, Tg (Tanjung) Malim untuk membeli pau. Jelas SST dikenakan walaupun kedai ini sederhana kecil! Kedai pau pun kena SST,” tulis Najib dalam status tersebut.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, pelaksanaa­n SST berbeza dengan GST kerana hanya satu pertiga barangan sahaja dikenakan cukai SST berbanding GST yang dikenakan ke atas semua barangan.

Beliau turut mengulangi SST hanya dikenakan kepada restoran yang memperoleh pendapatan atau nilai ambang sebanyak RM1.5 juta dan pengecuali­an SST diberikan kepada penyewaan warung kecil dan penjualan rokok kepada para pengendali kedai makanan dan minuman.

“Di bawah SST kita longgar sikit, kita tetapkan pendapatan setahun atau nilai ambang adalah RM1.5 juta...tiga kali ganda lebih tinggi daripada GST. Jadi, bukan semua yang kena, hanya yang ada pendapatan lebih RM1.5 juta dia punya bisnes baik, baharu kena bayar SST.

“Bukan macam GST dia sapu habis. Itu sebab kita sebut GST ‘cukai sapu bersih’ kerana semua tak terlepas. Buat bisnes pun kena, tak buat bisnes pun kena, tak ada gaji, orang miskin pun kena bayar (GST),” katanya.

Berkuat kuasa 1 Sept, SST dilaksanak­an dengan kadar 10 peratus bagi cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmat­an, menggantik­an GST susulan Rang UndangUnda­ng ( RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmat­an 2018 diluluskan Parlimen pada 20 Ogos lepas.

Sebelum ini, GST mula dikuat kuasa pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus oleh kerajaan terdahulu bagi menggantik­an SST. — Bernama

Di bawah SST kita longgar sikit, kita tetapkan pendapatan setahun atau nilai ambang adalah RM1.5 juta...tiga kali ganda lebih tinggi daripada GST. Jadi, bukan semua yang kena, hanya yang ada pendapatan lebih RM1.5 juta dia punya

SST. ” bisnes baik, baharu kena bayar Lim Guan Eng Menteri Kewangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia