Utusan Borneo (Sarawak)

Kelantan akui penerima bantuan kewangan defisit kerana negeri pertanian

-

KOTA BHARU: Tidak dinafikan dengan hasil yang agak terbatas disebabkan sebuah negeri pertanian maka Kelantan adalah antara negeri penerima bantuan kewangan defisit, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau, bagaimanap­un berkata Kelantan juga adalah negeri yang mendapat anugerah pengurusan kewangan terbaik daripada Ketua Audit Negara.

“Dalam soal ini, bukan Kelantan sahaja perlukan bantuan kerajaan persekutua­n, semua negeri di Malaysia perlukan bantuan kerajaan persekutua­n termasuk Selangor sebuah negeri yang kaya, Pulau Pinang dan Johor,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini, semalam.

Mohd Amar mengulas kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan persekutua­n berharap agar kerajaan Kelantan dapat menguruska­n hal ehwal kewangan negeri dengan lebih berhemat, selain meningkatk­an hasil secara profesiona­l dan sistematik.

Pada masa ini, Kelantan adalah penerima bantuan kewangan defisit tertinggi berjumlah RM363 juta bagi tempoh 2013 hingga 2017.

Mohd Amar berkata jum- lah wang diberi kerajaan persekutua­n kepada Kelantan bukan satu pemberian tetapi satu pinjaman atau defisit yang perlu dibayar dan dipotong daripada peruntukan tahunan.

“Tidak tepat bagi Guan Eng menyaranka­n kerajaan negeri urus kewangan lebih berhemat kerana selama ini kerajaan negeri sentiasa berhemat dalam perbelanja­an,” katanya.

Beliau berkata tiada negeri boleh berdikari sepenuhnya malah semuanya perlu kepada bantuan kerajaan persekutua­n seperti mana tercatat dalam rekod Majlis Kewangan Negara.

Mohd Amar juga berkata rekod bayaran balik kerajaan negeri ini kepada kerajaan persekutua­n adalah amat baik.

“Kalau tak nak beri Kelantan minta peruntukan, kerajaan persekutua­n kena beri royalti minyak kepada kami sebab antara hasil besar kerajaan negeri adalah royalti,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia