Utusan Borneo (Sarawak)

Muktamar PAS ke-64 gelanggang panas corak hala tuju kerjasama

-

KOTA BHARU: Muktamar PAS ke-64 hujung minggu ini, dilaporkan bakal menjadi pencorak hala tuju parti berteraska­n Islam itu dalam membentuk hubungan kerjasama dengan parti pembangkan­g termasuk UMNO yang menjadi seteru politik PAS selama ini.

Penganalis­is politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata dalam mencatur strategi politik dalam hubungan kerjasama itu, sudah tentu tumpuan ramai terhadap ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan muktamar tersebut pada Sabtu ini (15 Sept).

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara pemimpin parti pembangkan­g yang telah mengesahka­n untuk hadir dan secara ‘berdepan’ berpeluang mengikuti ucapan Abdul Hadi.

“Ucapan Presiden PAS sudah tentu akan menyentuh soal kerjasama dengan parti- parti daripada blok pembangkan­g dan sudah tentu lunak didengar jika beliau mahu mengeratka­n lagi kerjasama yang sudah terjalin setakat ini,” kata Dr Kamarul Zaman, pensyarah Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabang­sa Universiti Utara Malaysia kepada Bernama.

Muktamar tersebut yang bakal berlangsun­g di Terengganu pada 15 dan 16 Sept ini bakal menghimpun­kan lebih 1,200 perwakilan dari seluruh negara.

Sebelum itu, Muktamar Dewan Ulama PAS akan diadakan pada 13 Sept manakala Muktamar Dewan Pemuda PAS dan Muktamar Dewan Muslimat PAS serta Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS pada 14 September.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman menjangkak­an muktamar itu akan menjadi gelanggang ‘ panas’ dengan suara-suara perwakilan yang mungkin tidak bersetuju ataupun mereka mahu lebih ketegasan dalam menentukan hala tuju hubungan kerjasama tersebut agar ia tidak menggadai prinsip perjuangan PAS.

Beliau percaya akan ada usul daripada perwakilan yang mahu menentukan bentuk kerjasama yang lebih jelas antara PAS dan UMNO pada masa depan khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

Mengulas mengenai muktamar tersebut, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Mohd Asri Mat Daud berkata selain isu kerjasama tersebut, muktamar pertama selepas PRU14 itu akan menggarisk­an beberapa perkara penting yang akan menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada pemimpin PAS untuk menghadapi PRU15.

“PAS mesti menerajui ekonomi Islam dan bagaimana ekonomi cara Islam itu akan dibangunka­n, bagaimana un- tuk membina negara sejahtera selain menangani isu-isu sosial masyarakat,” katanya yang berharap perwakilan akan dapat mencari resolusi terbaik dalam perkara tersebut untuk kesejahter­aan rakyat.

Beliau berkata Dewan Ulama PAS juga akan membincang­kan isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam termasuk kemungkina­n perlu dilakukan penyelaras­an pelaksanaa­n hukum syariah di Kelantan dan Terengganu yang kini diperintah parti tersebut.

Banyak pihak menantikan apakah keputusan muktamar itu akan memperliha­tkan ketegasan PAS dalam menentukan bentuk kerjasama antara parti pembangkan­g, selain menangani isu-isu umat Islam.

Kelmarin, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata tidak timbul soal penggabung­an antara PAS dan UMNO hanya kerana parti pembangkan­g itu turut dijemput menghadiri muktamar tahunan PAS kali ini.

Menegaskan bahawa sudah menjadi amalan PAS untuk mengundang parti pembangkan­g ke majlis perasmian muktamar parti, beliau berkata jemputan disampaika­n kepada semua parti pembangkan­g termasuk UMNO, MIC dan MCA namun setakat ini hanya UMN0 yang sahkan untuk hadir, diketuai oleh Ahmad Zahid dan 10 wakil daripada biro politik. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUKTI: Raja Kamarul menunjukka­n risalah mengenai tindakan pihak tidak bertanggun­gjawab yang menabur fitnah kononnya PH membantah hukuman sebatan terhadap pasangan lesbian pada 3 September lalu pada sidang media di pejabatnya,
— Gambar Bernama BUKTI: Raja Kamarul menunjukka­n risalah mengenai tindakan pihak tidak bertanggun­gjawab yang menabur fitnah kononnya PH membantah hukuman sebatan terhadap pasangan lesbian pada 3 September lalu pada sidang media di pejabatnya,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia